Utusan Borneo

Lelaki memukul pemandu kereta ditangkap polis

Seorang lelaki berumur 30-an yang dilihat menumbuk dan menendang seorang pengguna jalan raya di kawasan lampu isyarat serta menyerang dan memukul seorang pemandu kereta berdekatan kedai kopi di Bintulu dalam rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini telah ditangkap oleh pasukan polis Bintulu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Batholomew Umpit berkata, kejadian suspek menumbuk dan menendang termasuk menampar mangsa berlaku beberapa bulan lepas di lampu isyarat di sini dan kejadian kedua yang terbaru pula berlaku berdekatan sebuah kedai kopi di Batu 5 Jalan Bintulu-Miri melalui rakaman video tular oleh orang awam kelmarin.

“Menurut maklumat, lelaki tempatan terbabit disyaki mengalami masalah mental namun kita akan cuba mengesahkan sama ada suspek benarbenar menghidap sakit mental atau tidak,” ujarnya ketika diminta mengulas kejadian itu semasa ditemui Utusan Borneo di sini, semalam.

Muka Depan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281479280434619

Borneo Post