Utusan Borneo

Remaja maut dalam nahas MPV dan lori

SERIAN: Seorang remaja lelaki maut apabila kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Jirok di Jalan Serian-Sri Aman, malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Derry Ronston Jong, 18, dan beralamat di Rumah Rozana Semumok Baroh, Betong.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian jam 10.24 malam itu, mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah MPV.

“Pertembungan tersebut menyebabkan MPV terbabit terbakar dan pemandunya ditemui mati dengan kesan melecur kirakira

20 peratus pada badannya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Tambahnya, pasukan bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan satu aliran salur bantu dengan sumber air dari jentera bomba.

Seterusnya pasukan bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pemandu dan kelindan lori yang turut mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan.

Muka Depan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281530820042171

Borneo Post