Utusan Borneo

AirAsia mulakan penerbangan Singapura-Sibu pada 16 Disember

Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan Singapura-Sibu sebanyak empat kali seminggu mulai 16 Disember ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kita juga akan ada (penerbangan) Singapura-Kuching dan Singapura-Miri. Kita semakin hampir kembali ke (keadaan) sebelum pandemik COVID-19,” katanya selepas merasmikan acara Third Business Events Tribal Meet di sini semalam.

Abdul Karim berkata penerbangan Singapura-Kuching dan Singapura-Miri akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Scoot.

Di samping itu, beliau berkata Sarawak juga akan mempunyai syarikat penerbanganya sendiri di rantau ini yang dijangka bermula tahun hadapan.

“Sarawak memang sudah ada syarikat penerbangan kecil sendiri yang beroperasi di negeri ini yang digunakan kerajaan negeri dan akan memainkan peranan penting dalam syarikat penerbangan Sarawak terbabit,” tambahnya. — Bernama

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281586654617019

Borneo Post