Utusan Borneo

Kes keganasan rumah tangga di Sarawak menunjukkan penurunan

Dari Muka 1

Menurut beliau, PAKK merupakan usaha menyeluruh Pasukan Pelindungan KanakKanak untuk mencegah kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

Fatimah berkata selain memastikan keselamatan rakyat Sarawak daripada menjadi mangsa KRT, kementeriannya juga melaksanakan inisiatif dan advokasi bagi melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Katanya berdasarkan statistik PDRM dari Januari 2020 hingga Oktober 2022, 4,266 kes jenayah siber dicatatkan yang melibatkan kerugian sebanyak RM97.59 juta.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah siber seperti Love Scam, Macau Scam, penipuan kad kredit, penipuan e-banking tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

“Bagi meningkatkan kesedaran dan advokasi berkaitan isu jenayah siber, kementerian telah melaksanakan tujuh siri program di Kuching, Lundu, Betong, Sibu, Mukah, Miri dan Limbang,” katanya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281590949584315

Borneo Post