Utusan Borneo

Lelaki memukul pemandu kereta ditangkap polis

Dari Muka 1

Beliau berkata, ada dua video tular kelmarin iaitu kejadian pertama di lampu isyarat yang merupakan kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas dan yang kedua berlaku berdekatan sebuah kedai kopi sekitar jam 4.42 petang kelmarin.

“Mangsa yang juga pengadu telah datang ke balai polis untuk membuat laporan tentang kejadian pada petang semalam,” katanya.

Justeru katanya, bertindak atas maklumat yang diterima dan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, pihak polis telah berjaya mengesan dan menangkap suspek di rumahnya petang kelmarin.

“Ada maklumat daripada mangsa mengatakan suspek dikatakan akan mencari mangsa sekiranya suspek dapat menemui semula mangsa, seterusnya akan memukul mangsa dan ini bermaksud ada ugutan jenayah daripada suspek,” jelasnya.

Batholomew berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan berdasarkan video yang dirakam orang awam yang menunjukkan suspek memukul mangsa.

Katanya, setakat ini hanya satu laporan diterima pihak polis membabitkan kejadian suspek memukul mangsa berdekatan sebuah kedai kopi di sini.

Menjelas lanjut katanya, suspek pernah ditangkap dalam kejadian sama dan ini merupakan tangkapan kali kedua sekali gus polis akan menyiasat lebih lanjut sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

“Pagi ini juga kita akan lakukan ujian saringan air kencing ke atas suspek dan saya akan kemas kini maklumat tentang suspek, sekali gus akan mendapatkan permohonan reman daripada mahkamah untuk siasatan lanjut ke atas suspek,” katanya.

Pada masa sama katanya, dalam tangkapan pertama sebelum ini suspek didapati tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, namun suspek mempunyai rekod kes berkaitan jenayah sama.

Katanys, sekiranya ada masalah mental biasanya dikeluarkan satu sijil yang mengesahkan seseorang itu mengalami masalah mental dan sekiranya kritikal seseorang itu akan ditahan oleh pihak hospital untuk rawatan tetapi pihak polis akan mendapatkan maklumat daripada pihak hospital secara hitam putih.

“Tindakan kita apabila pengadu sudah membuat laporan, kita akan tangkap suspek untuk tindakan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281595244551611

Borneo Post