Utusan Borneo

Pelan Induk Industri Agromakanan akan diperkenal

M-FICORD bersama EPU Sarawak akan memperkenalkan pelan yang komprehensif, kata Dr Rundi Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah memperuntukkan RM194.48 juta di bawah Belanjawan Negeri 2023 kepada kementerian.

Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Marlinda Mardzuki Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) bersama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak akan memperkenalkan Pelan Induk Industri Agromakanan yang komprehensif.

Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pelan induk itu bertujuan merangka hala tuju masa depan sektor agromakanan Sarawak.

Pelan induk itu juga akan memastikan wujud senergi yang betul serta sejajar dengan penubuhan Agensi-Agensi Pembangunan Wilayah bagi membangunkan industri agromakanan negeri ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah memperuntukkan RM194.48 juta di bawah Belanjawan Negeri 2023 kepada kementerian.

“Peruntukan ini sangat penting untuk kementerian memulakan inisiatif-inisiatif transformasi bagi mencapai visi memodenkan sektor pertanian dan ekonomi luar bandar menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Rundi berkata kementeriannya akan memfokus kepada usaha mengkomersialkan sektor pertanian menerusi kerjasama lebih baik dengan rakan kongsi global, domestik dan komuniti, dipacu oleh data dan inovasi.

“Sebab itulah kementerian

saya bersama EPU Sarawak akan menghasilkan satu Pelan Induk Industri Agromakanan yang komprehensif sifatnya,” ujar beliau.

Dr Rundi berkata bagi memastikan Sarawak tidak berdepan masalah kekurangan bekalan makanan, M-FICORD mengambil langkahlangkah perlu bagi membangunkan ekosistem pertanian yang lebih berdaya tahan.

Antara inisiatif yang diambil M-FICORD katanya ialah mengutamakan sekuriti makanan dengan membangunkan industri padi dan beras, meningkatkan keluaran daging lembu dan produk tenusu serta memperbanyakkan lagi program pembangunan Taman Kekal

Pengeluaran Makanan.

Selain itu katanya, Sarawak akan memperluaskan program pembangunan pertanian pintar dalam usaha meningkatkan pengeluaran, produktiviti dan kecekapan bagi memberi nilai tambah yang tinggi kepada agromakanan.

“Konsep pertanian pintar ini menitik berat penggunaan teknologi dan peralatan pertanian moden seperti jentera automasi dan Internet untuk Segalanya (IoT) - elemen penting meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman.

“Setakat ini kementerian telah mengenal pasti tiga tapak dibangunkan sebagai Taman Pertanian Pintar melibatkan tiga bahagian iaitu Kuching, Bintulu dan Miri,” katanya.

Beliau memberitahu, bagi tujuan itu kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM90 juta dan projek ini dijangka bermula pada 2023 dengan peruntukan RM21 juta.

Selain itu katanya, M-FICORD merancang mewujudkan kawasan pengeluaran memfokus kepada rantaian bekalan menyeluruh produkproduk pertanian terpilih.

“Kawasan-kawasan ini termasuk Dabai Belt dan Empurau Belt di Kanowit, Song, Tapah Belt di Kemena, Bintulu dan Coffee Belt di Bau dan Padawan,” tambahnya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281603834486203

Borneo Post