Utusan Borneo

Sarawak mencatat rekod tertinggi jumlah pencarum Kasih Suri Keluarga Malaysia

Sarawak mencatat rekod tertinggi jumlah pencarum Kasih Suri Keluarga Malaysia hasil sumbangan RM7.64 juta oleh Kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, seramai 127,412 wanita dari kumpulan rentan menerima manfaat daripada caruman itu yang dahulu dikenali sebagai program i-Suri.

“Pada tahun 2022, kementerian melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) masih meneruskan pembiayaan caruman minimum RM60 kepada isteri Ketua Isi Rumah (KIR).

“Ia untuk KIR yang berdaftar dalam Pangkalan Data eKasih,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di sini, semalam.

Fatimah berkata, caruman minimum RM60 ini melayakkan pencarum menerima insentif penuh RM480 setahun daripada kerajaan persekutuan dan keistimewaan-keistimewaan sebagai pencarum Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk tahun depan katanya, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM4.2 juta yang dijangka akan memberi manfaat kepada 70,000 peserta.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan kementeriannya memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi Bantuan Mikro Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) pada 2023.

Katanya, dianggarkan seramai 1,000 penerima akan mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

“Bantuan Mikro KIRWaS merupakan bantuan tunai kepada Ketua Isi Rumah Wanita atau Ibu Tunggal bernilai RM500 untuk setiap penerima.

“Bantuan ini bertujuan bagi menjana atau menambah pendapatan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di sini, semalam.

Bagi tahun 2022, Fatimah berkata, seramai 590 orang telah mendapat manfaat daripada bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM295,000.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281616719388091

Borneo Post