Utusan Borneo

Sasar sekurang-kurangnya dua lagi kluster inap desa didaftar 2023

Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahanan menyasarkan sekurangkurangnya dua lagi kluster inap desa (homestay) didaftarkan pada tahun 2023.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga November 2022 dua kluster inap desa didaftarkan di negeri ini iaitu Sungai Buloh di Sadong Jaya dan Homestay Kampung Berambeh di Simunjan.

“Ini menjadikan jumlah kluster homestay kepada 48 kluster, dengan tambahan 27 pengendali homestay.

“Pada 2023, sekurangkurangnya dua lagi kluster homestay akan disasarkan untuk didaftarkan,” katanya berucap menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pelancongan,

Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada Persidangan DUN semalam.

Tambahnya, untuk sentiasa meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengendali inap desa dan komuniti tempatan, kementerian telah menganjurkan pelbagai latihan dan kursus seperti Latihan Asas Hospitaliti, Latihan Pemasaran dan Pakej Produk, Latihan Pengurusan Acara serta Bengkel Pembuatan Kraf.

Katanya melalui kursus seperti ini, ia akan menggalakkan lebih ramai penyertaan masyarakat dalam sektor pelancongan dan perhotelan dengan tujuan meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

Menurut beliau kementerian pada tahun ini, lebih banyak menumpukan kepada pembangunan pelancongan berasaskan komuniti.

Beliau berkata dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), salah satu hasil dalam sektor pelancongan adalah untuk meningkatkan pelancongan berasaskan komuniti sebanyak 20 peratus dengan penekanan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti tempatan yang mengambil bahagian.

Sementara itu katanya, pada tahun depan juga kementerian beliau akan menumpukan untuk menilai pendapatan isi rumah pengusaha inap desa dan menganalisis jurang yang mereka hadapi.

“Ia sebagai usaha meningkatkan penyertaan penduduk luar bandar dalam pelancongan berasaskan komuniti.

“Kementerian saya dengan kerjasama agensi berkaitan telah mengadakan lawatan kerja dan pengalaman produk pelancongan di Sebuyau, Bau, Gunung Lesong, Lingga dan Pantu pada Mei hingga Oktober 2022,” katanya.

Abdul Karim berkata, begitu juga beberapa sesi penglibatan dan latihan telah dijalankan bagi kawasan Gunung Lesong di daerah Pantu, Kampung Entangor, Sebuyau; Maludam, Betong; Mukah; Telok Melano dan sebagainya.

Beliau memaklumkan barubaru ini seramai 80 pemandu komuniti pemilik rumah dari 13 kampung di kawasan Padawan telah menghadiri Kursus Pengenalan Pemanduan Pelancongan.

“Satu lagi sesi keterlibatan bersama pengusaha homestay dan pemilik produk pelancongan telah diadakan pada 11 hingga 12 Jun 2022 di Lundu,” katanya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281659669061051

Borneo Post