Utusan Borneo

Tiga juta pelancong, RM7.25 bilion resit pelancongan

Demikian sasaran Kementerian Pelancongan Sarawak pada 2023 berdasarkan prestasi, trend sejak beberapa bulan lalu Dari Januari hingga Oktober tahun ini, ketibaan pengunjung ke Sarawak meningkat sebanyak 1118.41 peratus iaitu seramai 1,378,017 orang berband

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menyasarkan untuk mencapai tiga juta ketibaan pelawat pada 2023 dan menjana RM7.25 bilion resit pelancongan.

Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi dan trend sejak beberapa bulan lalu.

“Dari Januari hingga Oktober tahun ini, ketibaan pengunjung ke Sarawak meningkat sebanyak 1118.41 peratus iaitu seramai 1,378,017 orang berbanding tempoh yang sama pada 2021.

“Justeru, kita yakin Sarawak akan menerima anggaran 1.8 juta pengunjung menjelang akhir tahun ini melepasi sasaran 1.2 juta pengunjung untuk 2022,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di sini, semalam.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, pelan jangka panjang yang penting ialah Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga 2021-2035.

“Pelan induk adalah tepat pada masanya seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk sektor pelancongan bagi memacu pemulihan pertumbuhan segera dan jangka panjang akibat kesan COVID-19 dan membawa model perniagaan baharu dan strategi kepada kedua-dua bahagian permintaan dan

penawaran industri pelancongan,” katanya.

Jelasnya, pelan itu bertujuan meningkatkan jumlah pengunjung ke Sarawak daripada garis dasar 4.6 juta pelawat dan RM11.6 bilion dalam resit pelancongan pada 2019 kepada 12.7 juta pengunjung yang menyumbang pulangan ekonomi RM50 bilion menjelang 2035.

“Kementerian saya akan memastikan dasar dan rancangan pelancongan, seni dan budaya dalam pelan induk diterjemahkan kepada pelan tindakan secara berperingkat,” katanya.

Walaupun pelancongan antarabangsa perlahan-lahan mengembang semula ujarnya, pelancongan domestik akan terus memacu pemulihan industri pelancongan negeri.

“Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sarawak telah memperkenalkan insentif pelancongan melalui kempen Sia Sitok Sarawak (SSS) dan kempen Sia Sitok Sarawak Accommodation

(SSSA) untuk mempromosikan perjalanan domestik dalam negeri.

“Selain itu, Pakej Insentif Pelawat (VIP) dan kempen Sia Sitok Sarawak Plus telah juga diperkenalkan untuk mempromosikan perjalanan antara negeri.

“Jumlah jualan yang direkodkan daripada kempen Sia Sitok Sarawak pada 2022 ialah RM6.5 juta dengan SSS mempunyai 800 pakej pelancongan terjual dan memanfaatkan 6,406 pengunjung dengan 15,277 bilik telah ditempah melalui SSSA,” ujar beliau.

Tambahnya, Sia Sitok Sarawak PLUS adalah inisiatif kerjasama antara STB, Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings di mana pelanggan boleh menikmati pakej hotel dan penerbangan yang menarik melalui MHholidays.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281663964028347

Borneo Post