Utusan Borneo

Uggah dijangka rasmikan Perarakan Krismas Bandaraya Miri Sabtu ini

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka merasmikan Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2022 (MCCP 2022) pada Sabtu ini.

Pengerusi Bersama Reverend Father Vincent Shim berkata, menteri bertanggungjawab ke atas Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) itu hadir bagi mewakili Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pihak kami pada awalnya menjemput Premier Sarawak bagi merasmikan MCCP 2022.

“Namun dimaklumkan pada saat akhir bahawa beliau akan diwakili oleh Datuk Amar Douglas Uggah,” jelasnya pada sidang media di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun ke-13 penganjurannya dan akan diketuai Gereja Roman Katolik dengan kerjasama 17 gereja lain.

Bertemakan ‘Jesus, Joy of Christmas’ (Luke 1:14), perarakan akan bermula dari Dataran Kipas Miri dan akan melalui Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Kingsway, Jalan Puchong, Jalan Padang,

Jalan Melayu, Jalan Nahkoda Gampar, Jalan Cina, Jalan Bendahara, Jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Merpati, Jalan Kipas dan kembali semula ke Dataran Kipas Miri.

Dengan itu, semua laluan terbabit ditutup bagi kelancaran lalu lintas bermula jam 5 petang.

Jelas Shim, program turut akan diselitkan dengan puji dan sembah serta pelbagai persembahan daripada gereja yang mengambil bahagian.

Ujarnya, perarakan itu yang diadakan kembali pada tahun ini selepas negara dilanda pandemik COVID-19 dua tahun lalu menyasarkan sekitar 40,000 orang termasuk dari luar Miri.

“Justeru, kami mengalualukan warga Miri serta mereka yang di luar kawasan Miri untuk bersama-sama memeriahkanacaraberkenaan kelak.

“Bukan sahaja berjalan menyertai perarakan,tetapi dengan lambaian sebagai sokongan kepada mereka yang menyertai juga dihargai demi keharmonian kita di sini,” tambahnya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281676848930235

Borneo Post