Utusan Borneo

Fasa pertama pembinaan jejambat Medan Jaya-Tun Hussein Onn bermula

Projek pembinaan tiga fasa jejambat di Jalan Persimpangan Medan Jaya ke Jalan Tun Hussein Onn kini memasuki fasa pertama.

Menurut Ketua Publisiti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Bintulu Chiew Chan Yew dalam Facebooknya, sejumlah 49 asas telah siap setakat ini daripada 96 asas untuk diletakkan di kawasan tapak projek itu.

Katanya, kemas kini terbaharu berkaitan pembinaan jejambat itu diperoleh daripada taklimat terperinci oleh pengurus projek semasa lawatannya ke pejabat projek jejambat Medan Jaya baru-baru ini bagi memahami kemajuan projek tersebut.

“Projek itu kini berada di peringkat pertama dan ia mempunyai peringkat kedua dan ketiga termasuk kerjakerja akhir pembinaannya justeru tempoh penyiapannya masih panjang,” katanya.

Berdasarkan taklimat diberi, beliau difahamkan jejambat itu dibina sepanjang 380 meter dan akan ada pelebaran jalan di kedua-dua belah jalan serta juga menaik taraf sistem perparitan untuk memenuhi keperluan di

kawasan tersebut.

“Kawalan lalu lintas oleh anggota polis pada waktu puncak sangat membantu projek dan orang ramai, supaya lalu lintas berada dalam keadaan baik terutama pada waktu puncak.

“Kita berterima kasih kepada anggota polis atas kerja mereka dan berharap kerjakerja mengawal lalu lintas akan diteruskan sepanjang tempoh pembinaan projek ini,” katanya.

Projek pembinaan jejambat itudimulakanpada3Disember 2021 selepas upacara pecah tanah oleh Menteri Kanan Kerja Raya ketika itu Dato

Sri Fadillah Yusof pada 27 November 2021.

Projek jejambat empat lorong dua hala ke dan dari Jalan Sultan Iskandar ke Jalan Tun Hussein Onn itu menelan kos kira-kira RM137.7 juta dijangka siap pada 2 Disember 2024.

Jejambat itu menjadi keutamaan penting berikutan kesesakan teruk di kawasan itu terutama pada waktu puncak.

Projek itu telah diluluskan pada 2015 dan disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), ‘Rolling Plan 4’(2020) pada 25 Oktober 2019.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281689733832123

Borneo Post