Utusan Borneo

NAMLIFA Miri rai ahli pada Malam Anugerah AKARD Ke-19

MIRI: Persatuan Kebangsaan Penasihat Insurans Hayat dan Takaful Keluarga Malaysia (NAMLIFA) Cawangan Miri malam kelmarin mengumumkan 23 ahlinya menerima Bintang Kecemerlangan dan 80 lagi menerima Anugerah AKARD.

Penyampaian anugerah tersebut telah diadakan pada Majlis Malam Anugerah AKARD Ke-19 2022 yang bertemakan ‘Juara Antara Juara’ di sebuah hotel terkemuka di sini.

Anugerah tersebut turut menyaksikan lapan ejen Bumiputera telah berjaya menamatkan modul NAMLIFA FCLP dan 32 graduan daripada Graduasi Kebangsaan FLPC Ke7 di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 15 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dalam ucapan perasmiannya pada majlis tersebut mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah berkenaan yang telah bekerja keras untuk pencapaian mereka.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada NAMLIFA Cawangan Miri atas kejayaannya mendapatkan bilangan ahli yang semakin meningkat untuk mengikuti latihan profesional bagi

meningkatkan kemahiran mereka dalam industri insurans.

“Anugerah AKARD pastinya akan membantu meningkatkan tahap profesionalisme anda dalam menyampaikan perkhidmatan anda kepada pelanggan insurans anda,” katanya.

Dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Kaunselor Jeffery Phang yang mewakili beliau, Lee memberitahu terdapatpeningkatanbilangan orang yang mengambil polisi insurans perubatan disebabkan kesedaran yang semakin meningkat mengenai keperluan insurans perubatan.

Insurans hari ini katanya, bukan lagi sekadar perlindungan untuk kesihatan dan keluarga bahkan sudah menjadi pelan perancangan kewangan, dengan penglibatan dan kerjasama di antara syarikat insurans dan pihak bank.

Malah ejen-ejen insurans mengetahui kemampuan dan keperluan pelanggan mereka dengan baik bagi mengusahakan polisi insurans terbaik untuk pelanggan mereka.

“Di sinilah NAMLIFA boleh memainkan peranannya dalammewujudkankesedaran yang lebih besar tentang pelbagai jenis polisi insurans perubatan yang ada.

“Semasa pandemik COVID-19, terdapat juga keperluan bagi pelancong untuk memiliki insurans perubatan,” katanya.

Sehubungan itu, Lee mencadangkan agar NAMLIFA mengadakan kursus khas mengenai pelan dan polisi insurans perubatan supaya ahli mereka dapat menasihati pelanggan mereka dengan sewajarnya.

“Saya tahu bahawa banyak kursus sebenarnya bertujuan melengkapkan dan meningkatkan ahli dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi perubahan landskap kewangan dan demografi yang pantas.

“Sama seperti profesion lain, terdapat keperluan berterusan untuk terus memperbaiki diri untuk berkembang dan maju.

“Dengan peningkatan

bilangan ejen insurans yang menjalani dan memperoleh sijil profesional, rakyat akan lebih yakin untuk mengambil polisi insurans,” tambahnya.

Lee turut berharap semua ejen insurans dan penasihat takaful meneruskan profesionalisme ketika berkecimpung dalam industri insurans dan melakukan yang terbaik untuk menyampaikan nasihat dan polisi terbaik kepada pelanggan mereka.

“Sila teruskan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh NAMLIFA dan juga syarikat insurans anda,” jelas Lee.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden NAMLIFA Kebangsaan G. Saseedaran, Pengerusi NAMLIFA Cawangan Miri Mary Yii Sii Ing dan pengerusi penganjur Tracy Chong Siek Fong.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281698323766715

Borneo Post