Utusan Borneo

Sarawak galak penganjuran sukan bertaraf antarabangsa

Selain memacu pertumbuhan industri pelancongan, penganjurannya juga akan mengasah bakat-bakat tempatan

Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan terhadap penganjuran sukan bertaraf antarabangsa bagi merancakkan industri pelancongan di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain memacu pertumbuhan industri pelancongan, penganjurannya juga akan mengasah bakat-bakat tempatan.

“Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak penganjuran aktiviti sukan bertaraf antarabangsa sekali gus merancakkan semula sektor sukan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni

Persembahan I Datuk Sebastian Ting pada Majlis Makan Malam sempena Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Piala Premier Sarawak Edisi Ke-22 malam Isnin lalu.

Abang Johari berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menyokong inisiatif penganjuran sukan yang akan memberi impak positif kepada industri pelancongan domestik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Golf Sarawak Hoan Kee Hock dalam ucapan pendahuluannya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang memberi sokongan terhadap penganjuran kejohanan berkenaan.

“Selepas dua tahun ditangguhkan, sambutan terhadap kejohanan kali ini sangat baik dan memberangsangkan dengan penyertaan dari beberapa negara serta kehadiran jurulatih, pengurus pasukan dan pemain,” jelasnya.

Menurut Hoan, acara itu bertujuan menyediakan ruang yang baik kepada para peserta bersaing dengan kumpulan sebaya mereka serta mendapat pendedahan yang baik sambil bersaing merebut kejuaraan dalam kategori masing-masing.

Persatuan itu juga berharap kerajaan negeri terus menyokong acara itu sebagai salah satu kejohanan golf remaja yang terkenal di wilayah ini.

Seramai 58 pemain golf lelaki dan 46 pemain golf perempuan dari lapan negara termasuktuanrumahMalaysia bertanding dalam acara tahun ini yang dianjurkan Persatuan Golf Sarawak (SGA2017)

dan diluluskan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Ranking Golf Amatur Dunia

(WAGR).

Ia diadakan di Eastwood Valley Golf and Country

Club selama tiga hari bermula kelmarin.

Peserta untuk acara tahun ini adalah dari Pakistan, India, Thailand, Vietnam, Filipina, Chinese Taipeh, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam manakala tuan rumah Malaysia diwakili pemain junior dari Sabah dan Sarawak.

Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) juga telah mencalonkan empat pemain remaja mereka untuk bertanding dalam kategori Khas Perempuan, A dan C dalam acara itu.

Acara tahun ini dibuka kepada pemain golf amatur remaja tempatan dan antarabangsa yang bertanding dalam empat kategori berbeza iaitu kategori A (umur 15 hingga 17 tahun), B (13 hingga 14 tahun), C (12 tahun ke bawah) dan kategori Khas (18 hingga 21 tahun).

“Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak penganjuran aktiviti sukan bertaraf antarabangsa sekali gus merancakkan semula sektor sukan ” pelancongan. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281711208668603

Borneo Post