Utusan Borneo

Hospital Limbang cari waris Tiong Meng Ling

Hospital Limbang sedang mengesan waris kepada seorang pesakit lelaki yang sedang dirawat di hospital itu sejak 21 Oktober lalu.

Hospital Limbang dalam kemas kini Facebook rasminya memberitahu, pesakit lelaki berbangsa Cina bernama Tiong Meng Ling dan berumur 58 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana serangan strok.

“Berdasarkan alamat yang tertera di kad pengenalan, beliau menetap di

Kampung Batu Bakarang, Jalan Kubong, Limbang namun usaha pihak hospital menghubungi waris pesakit bagi urusan discaj gagal,” menurut kenyataan itu.

Justeru pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit atau warisnya agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan Magdalene

Baulon di talian 085-211 200 (sambungan 225) atau Wad Lelaki di talian 085211 200 (sambungan 255).

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281719798603195

Borneo Post