Utusan Borneo

MPS ganda usaha pastikan kebersihan longkang

Juga mengenakan kompaun kepada pengusaha makanan gagal jaga kebersihan longkang

Oleh Florence Nervyn Clarence Ting Pengerusi MPS

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menggandakan usaha mereka tahun depan untuk membersihkan longkang serta mengenakan kompaun kepada orang ramai khususnya pengusaha makanan yang gagal menjaga kebersihan longkang.

Pengerusinya Clarence Ting percaya sebahagian daripada masalah banjir yang berterusan di Jalan Tiong Hua boleh dielakkan jika bukan disebabkan kegagalan pihak kontraktor memastikan longkang-longkang dibersihkan dan dikosongkan.

Beliau percaya bahawa banjir adalah tidak akan berlaku sekiranya pihak kontraktor tidak gagal dalam tugas mereka.

“Maksud saya, sebelum ini pihak majlis telah memimpin kontraktor gagal menjalankan tugas setiap tahun pergi sana kutip sampah.

“Apa yang saya sedih ialah banjir berterusan di Jalan

Tiong Hua tidak patut berlaku.

“Tetapi kontraktor kita gagal menjalankan tugas dan kita perlu menyelesaikannya,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan penuh MPS semalam.

Pada masa ini, Ting memberitahu pihak majlis sedang melakukan kerja-kerja membuang keladak di Lorong 2, Jalan Tiong Hua dan pemeriksaan kelmarin mendapati air mula mengalir sebaik lumpur dibersihkan.

Katanya, longkang di kawasan tersebut hanya sedalam satu kaki dan percaya bahagian bawah longkang itu tidak terdedah kepada matahari sekurang-kurangnya 20 tahun.

“Pihak majlis perlu melakukan kerja-kerja penyahcairan di sekitar kawasan Jalan Tiong Hua bagi menyelesaikan isu banjir kilat.

“Saya ingin melihat longkang di Jalan Tiong Hua dibersihkan sekurang-kurangnya penduduk tidak akan mengalami banjir kilat yang tidak patut berlaku,” jelasnya.

Sementara itu Ting berkata, pihak majis akan menggadakan usaha pada tahun depan untuk membersihkan longkang.

Bukan itu sahaja, beliau menggesa pihak penguatkuasaan supaya lebih tegas dan mengeluarkan kompaun tahun depan bagi memastikan orang ramai khususnya pengusaha makanan memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan longkang.

“Tahun depan kita akan memastikan pelepasan gris daripada pengusaha makanan

menjadi lebih baik kerana terlalu banyak longkang tersebut di kawasan pusat bandar.

“Jadi sebab itu kita akan kompaun jika perkara ini berlaku.

“Orang ramai akan menyalahkan dan menuduh MPS tidak bekerja, sebaliknya mereka yang tidak memberi kerjasama,” tegasnya dan beliau menyerahkan jumlah kompaun kepada pihak penguat

kuasa.

Terdahulu, Ting menyaksikan majlis angkat sumpah pelantikan Michelle Law Wan Ling sebagai Ahli Majlis MPS bagi menggantikan mendiang Kaunselor Andy Ting yang meninggal dunia pada 27 Mei lalu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS Bujang Abdul Majid dan Pemangku Setiausaha Yong Ing Chu.

“Maksud saya, sebelum ini pihak majlis telah memimpin kontraktor gagal menjalankan tugas setiap tahun pergi ” sana kutip sampah.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281732683505083

Borneo Post