Utusan Borneo

30 peserta jayakan pertandingan menyumpit di Bahagia Jaya Teku

Kira-kira 30 peserta menyertai Pertandingan Menyumpit di Kampung Bahagia Jaya Teku pada Ahad lepas anjuran Persatuan EDOK Sibu.

Pengerusinya Zaidil Arip berkata, pihaknya bekerjasama dengan Koperasi Kariah Majid Darul Halim Kampung Bahagia Jaya Teku menganjurkan majlis itu yang turut menyaksikan aktiviti gotongroyong dan karnival.

“Matlamat program itu adalah untuk mempromosikan permainan masyarakat seperti sumpit.

“Sumpit secara tradisinya adalah daripada masyarakat Dayak tetapi kami mahu mempromosikannya sebagai permainan.

“Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik.

“Peserta yang mengambil bahagian bukan sahaja dari Sibu tetapi juga ada yang datang dari Sarikei, Julau, Selangau dan sebagainya.

“Bukan itu sahaja, penduduk Kampung Bahagia Jaya turut keluar menyaksikan perlawanan tersebut dan menyertai acara kemasyarakatan ini,” katanya semalam.

Zaidil berkata, ini kali pertama Persatuan EDOK Sibu menganjurkan acara seumpama itu dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun depan.

Beliau berkata, ini adalah acara yang menarik untuk mengajak penduduk Kampung Bahagia Jaya beramah mesra dan berkenalan.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281749863374267

Borneo Post