Utusan Borneo

Hospital Miri cari waris Ten Ching Hiong

Hospital Miri sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki yang berusia 63 tahun bernama Ten Ching Hiong.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Hospital Miri semalam, merujuk maklumat kad pengenalan pesakit bernombor 590816-13-XXXX, alamat yang didaftarkan adalah No.1709, Piasau Jaya, Miri, Sarawak.

Pesakit dijumpai di kawasan Wireless Walk dan pihak Hospital Miri telah dihubungi.

Pesakit kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau telah menjalani rawatan sejak 17 Oktober lalu namun sehingga kini pihak hospital masih gagal mengesan waris pesakit.

Pesakit tidak mampu bercakap dan tidak mempunyai nombor telefon waris atau saudara terdekat bagi memaklumkan keadaannya.

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-460 633 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau terus ke Wad Psikiatrik Hospital Miri dengan kadar segera.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281754158341563

Borneo Post