Utusan Borneo

Konsert menampilkan kolaboratif pemenang anugerah konsert, pancaragam, 10 Disember

Konsert yang menampilkan kolaboratif pelbagai pemenang anugerah konsert serta pancaragam akan diadakan di Kuching pada 10 Disember ini di Auditorium Tan Sri William Tan, SMK St Joseph bermula jam 7:30 malam hingga 9:30 malam.

Konsert bertemakan ‘Friends in Concert’ itu akan menampilkan St Joseph’s School Marching Band, St Joseph’s Family of Schools Concert, St Teresa’s School Concert dan Sri Kuala Lumpur International School Wind Orchestra.

Konsert ini juga akan menampilkan konduktor jemputan Maestro Mitsuo Nonami dari Jepun.

Pengarah Muzik Wilson Tan berkata para pelajar sangat teruja kerana dapat beraksi semula selepas aktiviti dan latihan kugiran terhenti lebih dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.

“Lebih dua tahun, seni persembahan terjejas disebabkan pandemik COVID19 dan persembahan secara langsung dihentikan.

“Hakikatnya pelajar sudah bersedia tetapi konsert dibatalkan kerapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau menambah, muzik adalah untuk dikongsi dan

dinikmati bersama audien, semua pelajar sangat teruja kerana kali ini mereka dapat berkongsi muzik mereka dengan komuniti setempat di Kuching.

“Pelajar yang menyertai program kugiran di tiga sekolah ini, rata-ratanya tidak ada pengalaman dalam muzik sebelum ini.

“Mereka hanya mula mempelajari muzik dan alat muzik selepas menyertai program kugiran.

“Mereka bekerja keras untuk merealisasikan konsert ini dan mereka benar-benar teruja,” tambahnya.

Konsert kali ini akan mengetengahkan kugiran dari empat sekolah berlainan yang berkolaboratif memastikan konsert ini berjaya, katanya.

Menurut Tan, kumpulan pancaragam St Joseph’s School tidak asing lagi buat

komuniti setempat kerana telah beberapa kali muncul juara peringkat negeri.

“Mereka juga telah memenangi gelaran juara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di Itali, Jerman dan Amerika Syarikat.

“St Joseph’s Family of Schools Concert Band ditubuhkan pada 2007 tetapi telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Baru-baru ini mereka dinobat juara Malaysia International Virtual Band Championships (MIVBC) bagi Kategori Konsert Kugiran (2021) dan Kategori Percussion Ensemble (2022),” katanya.

Kumpulan kugiran yang lain, iaitu St Teresa’s School Concert Band juga dianugerahkan Anugerah Emas pada Malaysia International Virtual

Band Championships (MIVBC) 2021.

Konsert kali ini akan turut disertai peserta dari Kuala Lumpur iaitu Sri Kuala Lumpur International School Wind Orchestrapemenang Anugerah Emas di Kejohanan Kugiran Antarabangsa Taoyuan dan Anugerah Perak di Festival Kugiran Antarabangsa Singapura.

Mengenai jualan tiket, Tan berkata semua tiket telah habis dijual kerana mendapat sambutan amat menggalakkan daripada komuniti Kuching.

“Semua tiket konsert itu habis dijual selepas seminggu. Saya secara peribadi amat berterima kasih kepada semua penyokong kami dan berharap semua orang akan menikmati persembahan daripada pelajar kami,” katanya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281762748276155

Borneo Post