Utusan Borneo

Tiada provokasi penyokong parti sepanjang PRU15

Pengundi melaksanakan pengundian dengan penuh berhemah, tenang dan tenteram, kata Batholomew

Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Ketua Polis Daerah Bintulu

BINTULU: Tiada kejadian provokasi melibatkan para penyokong parti sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen P217 Bintulu sekali gus memperlihatkan proses kempen serta pengundiannya berjalan lancar dan terkawal.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Batholomew Umpit berkata, semua pengundi telah melaksana pengundian penuh berhemah, tenang dan tenteram yang menunjukkan masyarakat kita semakin matang dalam proses pilihan raya khasnya di Parlimen Bintulu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memberi perkhidmatan terbaik dan berintegriti kepada masyarakat serta negara dalam apa jua keadaan selari dengan tema ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’.

Tambahnya, hasil kerjasama semua balai kita dapat menempuhi pelbagai cabaran dengan jayanya meski terpaksa melalui beberapa halangan dan rintangan terutama semasa PRU15 baru-baru ini.

“Penghargaan dan terima kasih kepada warga IPD Bintulu yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang semasa proses PRU15 lepas serta memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas diamanahkan demi negara tercinta selari dengan kehendak Akta Polis 1967,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan (November) Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam.

Jelasnya, PDRM akan terus komited dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam serta menyeru warga IPD sentiasa bersiap sedia dalam tugas menjaga keselamatan dan keamanan apabila diperlukan pada bila-bila masa.

Di samping itu katanya, kes-kes penyalahgunaan dadah, pecah rumah, kecurian motosikal, jenayah komersial dan sebagainya akan terus diberi perhatian.

“Maka kerjasama dengan masyarakat setempat serta agensi berkaitan amat diperlukan supaya maklumat

Penghargaan dan terima kasih kepada warga IPD Bintulu yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang semasa proses PRU15 lepas serta memberikan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas diamanahkan demi negara tercinta selari dengan kehendak Akta Polis 1967.

Superitenden Batholomew Umpit

berkaitan jenayah boleh diperolehi sebaiknya selari dengan kerjasama kukuh tersebut demi membantu masyarakat,” ujarnya.

Batholomew berkata, semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam sebuah keluarga hendaklah diterapkan dalam kalangan warga IPD Bintulu supaya

tidak mendatangkan perkara negatif termasuk menjejas tugas dan menjatuhkan imej polis khusus di daerah Bintulu.

Setakat ini katanya, indeks jenayah IPD Bintulu dalam keadaan baik dan terkawal namun bahagian siasatan jenayah IPD Bintulu diarah untuk meningkatkan

tangkapan kes-kes kecurian kenderaan, kes-kes judi dan tangkapan orang yang dikehendaki.

Pada masa sama katanya, bahagian siasatan jenayah narkotik juga telah diarah melakukan tangkapan dan pencegahan aktiviti penyalahgunaan dadah setiap hari tanpa gagal di kawasan disyaki sebagai sarang kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, bahagian siasatan jenayah komersial pula perlu menumpu tangkapan kes penipuan dalam talian `scammer’ dan ugutan jenayah melibatkan kegiatan along.

Manakala bahagian siasatan dan penguatkuasaan trsfik katanya, mereka diarah untuk menumpu perhatian dalam mencegah kesesakan lalu lintas terutama di sekolahsekolah dan kawasan bandar Bintulu.

Selain itu katanya, bahagian pencegahan jenayah turut diarah kerap membuat rondaan di kawasan yang kerap berlaku jenayah kecurian kenderaan, pecah rumah serta mengadakan pemeriksaan di kedai-kedai besi buruk.

Terdahulu majlis tersebut menyaksikan penganugerahan sijil penghargaan kepada 10 pesara polis dan beberapa pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan IPD Bintulu ASP Gunong Bilan, ketuaketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai-pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281779928145339

Borneo Post