Utusan Borneo

Pentadbir akaun kedai makan tidak mengaku pecah amanah RM35,097.30

Seorang pentadbir akaun di sebuah kedai makan di sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang hasil jualan berjumlah RM35,097.30.

Tertuduh, 29, didakwa melakukan perbuatan itu ketika bekerja di kedai makan terletak di Kota Padawan, Jalan Penrissen di sini, dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos lalu.

Wanita dari Sri Aman itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 14 tahun, sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff menawarkan jaminan RM10,000 tunai berserta dua penjamin tempatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun merayu agar jaminan dikurangkan memandang dia kini tidak bekerja dan bertang

gungjawab menanggung ahli keluarganya.

Hakim Afidah Abdul Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin

sebanyak RM5,000 tunai berserta dua penjamin tempatan dan menetapkan 11 Januari depan untuk pengurusan kes.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281797108014523

Borneo Post