Utusan Borneo

Pokok tumbang hempap dapur, empat sekeluarga selamat

Empat sekeluarga selamat dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap bahagian dapur sebuah rumah di Kampung Long Sebatu di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Azman Ibrahim berkata, pihaknya bergerak ke lokasi kejadian susulan menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.53 petang.

“Anggota segera bertindak memotong dahan pokok tersebut kepada bahagian yang lebih kecil dengan menggunakan tiga unit gergaji berantai dan seterusnya mengalihkan bahagian yang telah dipotong itu dari atap rumah sehingga selesai.

“Ketika kejadian terdapat empat ahli keluarga berada di rumah namun tiada kecederaan yang berlaku,” katanya kepada media semalam.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 8.42 malam dan pihaknya bertolak balik ke balai setelah memastikan keadaan selamat.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281805697949115

Borneo Post