Utusan Borneo

50 GPM Semporna sertai Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang

Inisiatif dalam memperkasakan bidang pentadbiran dan pengurusan pusat sumber cemerlang direalisasikan melalui pelaksanaan ‘Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang’ anjuran Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) Pejabat Pendidikan Daerah Semporna (PPDS) di sini baru-baru ini.

Program yang menyasarkan penyertaan seramai 50 Guru Pusat Sumber dan Media (GPM) itu terdiri dari sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar daerah ini.

Pengarah Program Arman Abdul Rahim berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan termasuk mengkatalog dan mengkelas bahanbahan perpustakaan.

Katanya, antara pengisian bengkel termasuk ‘Pendigitalan Perekodan Bahan Pusat Sumber (PSS)’ oleh panel Norsheila Abdul Rahman selaku GPM Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau-Bangau dan ‘Penerokaan Kaedah Baharu Dalam Menghasilkan Penulisan Kajian Tindakan PSS’ oleh panel Rosliza Amir Bek selaku GPM SK Balimbang.

Menurutnya, turut terlibat ‘Pelan Pembangunan GPM Daerah’ oleh panel Zamilah Abidin selaku GPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya dan ‘Peranan GPM Dalam Memacu Kecemerlangan

Sekolah dan Organisasi Bahan’ oleh Prasad Ridwan selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan GPM Malaysia.

“Penglibatan pentadbir, guru dan GPM pada peringkat ini adalah untuk mengadakan perbincangan bersama-sama ahli dan membuat keputusan berkenaan penggunaan bahan intensif serta pembaharuan untuk digunakan oleh pelajar di sekolah,” katanya sempena program itu.

Beliau berkata, selain melaksanakan program seperti yang dirancang, pelaksanaan aktiviti lazimnya disesuaikan dengan tahap keupayaan murid masing-masing sejajar dengan keperluan semasa.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281831467752891

Borneo Post