Utusan Borneo

Beri perhatian isu kemudahan asas di Kemabong

Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diminta supaya memberikan perhatian sewajarnya bagi menaik taraf kemudahan asas di Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, Tenom dan Kemabong mempunyai sumber air mencukupi tetapi jabatan air tidak mampu membekalkan air bersih secukupnya kepada rakyat di kedua-dua kawasan terbabit.

“Saya mohon kerajaan menyalurkan peruntukan membina paip-paip graviti yang belum ada kemudahan itu di kawasan saya.

“Berilah juga peruntukan membaiki pulih paip-paip graviti yang rosak akibat musim tengkujuh baru-baru ini,” katanya membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023.

Selain itu katanya, berikutan kejadian banjir besar pada 2021, banyak jalan raya rosak di kawasan perkampungan Kemabong serta Tenom.

Katanya, walaupun sudah menggunakan dana ADUN untuk menyelenggara jalan raya, tetapi ia masih tidak mencukupi.

“Sehubungan itu, saya memohon Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan serius untuk menyelenggara jalan raya yang rosak.

“Selain itu, saya juga minta kerajaan membantu para pengusaha tanaman padi sawah dan bukit di kawasan saya,” katanya.

Tempatan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281870122458555

Borneo Post