Utusan Borneo

MENURUT

Cleveland Clinic di https:// my.clevelandclinic.org/ health/diseases/12194-cancer#:~:text=Stage%20I% 3A%20The%20cancer% 20is,or%20areas%20of% 20your%20body, kebanyakan kanser mempunyai empat tahap.

Satu-satu tahap ditentukan oleh beberapa faktor yang berbeza termasuk saiz ketumbuhan atau tumor dan lokasi.

Pada Tahap 1: Kanser bertumpu kepada kawasan kecil dan belum merebak ke kelenjar limfa atau tisu lain; Tahap 11: Kanser membesar tetapi belum merebak; Tahap 111: Kanser membesar dan mungkin merebak ke kelenjar limfa atau tisu lain dan Tahap IV: Kanser merebak ke organ lain atau bahagian tubuh anda. Tahap ini juga dipanggil metastasis atau kanser tahap luas.

Meskipun tahap 1 hingga IV adalah yang paling biasa, bagaimanapun, terdapat juga Tahap 0. Fasa awal ini melibatkan kanser yang masih di satu kawasan dan bahagian ia bermula.

Kanser yang masih pada Tahap 0 lazimnya mudah dirawat dan dianggap sebagai pra-kanser oleh kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan. — Bernama

Rencana

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281891597295035

Borneo Post