Utusan Borneo

Ribuan kakitangan kesihatan Greece yang tidak divaksin kembali bertugas

Ribuan kakitangan kesihatan yang enggan menerima vaksin COVID19 telah dibenarkan untuk kembali bertugas di Greece, kata menteri kesihatan kelmarin ekoran satu keputusan mahkamah.

Seperti negara-negara Eropah yang lain, Greece telah mengemukakan peraturan ketika keadaan pandemik yang memburuk dengan mewajibkan kakitangan di hospital, pejabat doktor dan rumah asuhan untuk mendapatkan vaksinasi penuh.

Tindakan yang dikuatkuasakan pada tahun lepas membawa kepada penggantungan tugas kira-kira 6,500 kakitangan yang tidak divaksin, dan ini dibantah sepenuhnya oleh kesatuan utama kakitangan hospital.

Mahkamah pentadbiran utama di Greece, Majlis Negeri, menyeru agar langkah itu dimansuhkan pada minggu lepas, selepas satu aduan yang dikemukakan oleh pihak kesatuan.

“Keputusan akan dilaksanakan, walaupun saya memberitahu anda saya fikir ia merupakan satu keputusan berbahaya bagi kesihatan awam,” Menteri Kesihatan

Thanos Plevris memberitahu Mega TV.

Plevris menyatakan tindakan itu kemungkinan akan dimansuhkan bermula 1 Januari.

Akhbar Kathimerini pada bulan lepas melaporkan lebih 2,000 kakitangan kesihatan yang masih belum divaksin, termasuk kira-kira 170 doktor.

Lebih 5.3 juta kes jangkitan COVID-19 telah direkodkan di Greece sejak pandemik bermula, menurut kementerian kesihatan, dengan lebih 34,000 kematian dikaitkan dengan virus itu. — AFP

Dunia

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281956021804475

Borneo Post