Utusan Borneo

Lebih 300 korban protes di Iran

Lebih 300 orang terkorban di Iran sejak protes meletus disebabkan oleh kematian Mahsa Amini dalam tahanan polis moraliti pada 16 September, kata jeneral Pengawal Revolusi kelmarin.

“Semua orang di negara ini terjejas. Saya tidak mempunyai jumlah terbaru, namun saya percaya lebih 300 orang maut, termasuk kanak-kanak, sejak protes ini meletus,” kata Brigadier Jeneral Amirali Hajizadeh, ketua divisyen ruang angkasa Pengawal Revolusi, dalam video yang disiarkan oleh agensi berita Mehr.

Angka tersebut termasuk beberapa anggota polis, tentera dan militia yang terkorban dalam pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan atau dibunuh.

Angka rasmi terbaru lebih hampir dengan jumlah sekurang-kurangnya 416 “yang terkorban dalam tindakan menumpaskan protes di Iran” diterbitkan oleh kumpulan Hak Asasi Manusia Iran yang berpusat di Oslo.

Kumpulan itu menyatakan angkanya termasuk mereka yang maut dalam keganasan berkaitan dengan protes Amini dan dalam ketegangan yang berasingan di wilayah tenggara SistanBaluchistan.

Dunia

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281960316771771

Borneo Post