Utusan Borneo

Ketua pembangkang Belarus di unit rawatan rapi: Sekutu

Ketua pembangkang Belarus Maria Kolesnikova yang menjalani hukuman penjara yang panjang, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital, kata sekutunya kelmarin.

“Maria berada di hospital kecemasan di Gomel, di unit rawatan rapi,” menurut perkhidmatan media bagi rakan ahli politik pembangkang Viktor Babaryko.

Maria Kolesnikova merupakan sebahagian daripada tiga wanita – dengan Veronika

Tsepkalo dan Svetlana Tikhanovskaya – yang mengetuai tunjuk perasaan bersejarah membantah pemimpin Belarus Alexander Lukashenko.

Kolesnikova, 40, adalah satu-satunya daripada tiga orang tersebut yang masih berada di negara ini dan sedang menjalani hukuman penjara selama 11 tahun bagi konspirasi membabitkan peranannya dalam protes besar-besaran.

“Berita yang sangat buruk. Masha kesayangan kami, kami semua berharap anda akan baik-baik sahaja!” kata Tikhanovskaya, sekarang ketua bagi pembangkang yang dalam buangan.

Kolesnikova telah dipenjarakan selepas dengan berani melawan pengusiran dari negaranya sendiri.

Perkhidmatan Keselamatan Belarus (KGB) telah membawanya ke sempadan Ukraine selepas menutup kepalanya dengan guni dan menolaknya masuk ke dalam sebuah bas mini.

Kolesnikova kemudian mengelak dihantar pulang dengan mengoyakkan pasportnya, namun dia telah dipenjarakan.

Pada 2020 beberapa rali besar-besaran telah diadakan di sekitar Belarus, membantah tuntutan Lukashenko bagi penggal presiden yang keenam.

Lukashenko telah bertindak keras terhadap protes, membawa kepada ribuan penahanan dan pengusiran secara paksa serta memenjarakan aktivis dan wartawan.

Dunia

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281968906706363

Borneo Post