Utusan Borneo

Serangan di Capitol: Ketua militia didapati bersalah atas hasutan

Stewart Rhodes, pengasas militia haluan kanan Oath Keepers, telah didapati bersalah atas tuduhan hasutan kelmarin untuk peranannya dalam serangan pada 6 Januari, 2021 ke atas Capitol AS oleh penyokong bekas presiden Donald Trump.

Seorang lagi anggota Oath Keepers, Kelly Meggs,turut didapati bersalah bagi konspirasi menghasut sementara tiga defendan lain dibebaskan dari dakwaan yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Keputusan itu menamatkan perbicaraan berprofil tinggi selama hampir dua bulan di mana kerajaan cuba untuk membuktikan bahawa serangan ganas pada 6 Januari, yang menghentikan sementara waktu pengesahan Joe Biden sebagai presiden, bersamaan dengan pemberontakan terhadap kerajaan oleh penyokong Trump.

Kelima-lima orang itu adalah yang pertama daripada hampir 800 yang dihadapkan dalam perbicaraan atas tuduhan berat.

Jabatan Kehakiman menyatakan Rhodes dan Oath Keepers “telah merancang pemberontakan bersenjata… merancang untuk menentang dengan kekerasan terhadap kerajaan Amerika Syarikat.”

Dunia

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281977496640955

Borneo Post