Utusan Borneo

Ribut petir, puting beliung badai wilayah selatan AS

Ribut petir yang kuat membadai wilayah selatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Negara, memberikan amaran mengenai puting beliung berbahaya yang bakal muncul.

“Ribut petir yang kuat sedang membawa puting beliung, hujan lebat dan tiupan angin kencang di sekitar bahagian bawah hingga pertengahan Lembah Mississippi, Pertengahan-Selatan dan beberapa bahagian di tenggara,” katanya dalam satu kenyataan.

“Amaran dan pengawasan puting beliung telah dilaksanakan. Beberapa puting beliung jarak jauh adalah mungkin akan berlaku,” tambahnya, memetik ribut yang melanda di perairan dan boleh bertahan untuk tempoh yang luar biasa lama.

Tengah Mississippi, timur laut Louisiana dan barat daya Arkansas telah berada di bawah pengawasan “puting beliung sangat berbahaya”, satu amaran yang jarang berlaku dan amat serius.

Pengawasan itu dijangka akan berlangsung sehingga jam 2 pagi waktu pusat semalam.

Dunia

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281981791608251

Borneo Post