Utusan Borneo

RM28.5 juta tunggakan bil air AKSB masih belum dijelaskan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM28.5 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk negeri itu setakat 30 Sept lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata faktor utama tunggakan adalah daripada pengguna domestik yang masih tinggi berjumlah RM18.4 juta dan kutipan sedikit perlahan kerana pengguna masih dalam peringkat pemulihan pasca-COVID-19.

“Tunggakan bil pengguna (aktif) AKSB hingga 30 Sept 2022 adalah RM28,543,688 dan ia telah jauh berkurangan berbanding dengan akhir 2021 (31 Dis 2021) yang berjumlah RM33,212,268,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang ingin tahu jumlah tunggakan bil pengguna AKSB dan penyebab kepada tunggakan tersebut berlaku pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini semalam. — Bernama

Nasional

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282059101019579

Borneo Post