Utusan Borneo

Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Sibu jayakan pertandingan sepak takraw

SIBU: Pasukan Sibu C muncul juara Pertandingan Sepak Takraw kategori Lelaki Terbuka anjuran Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Sibu baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi pasukan Serian manakala pasukan Sibu B tempat ketiga.

Bagi kategori veteran, tempat pertama dimenangi pasukan Sarikei diikuti Serian di tempat kedua dan Sentosa di tempat ketiga.

Kelab Perubatan Sibu menyapu bersih kategori terbuka apabila tiga pasukan memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Tempat pertama dimenangi KPSC A diikuti KPSC B di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi KPSC C.

KPSC Sibu turut dinobatkan juara bagi kategori terbuka veteran manakala KPSC Sarikei dan KPSC Kuching memenangi tempat kedua dan ketiga.

Kejohanan itu berlangsung di Dewan Persatuan Sepak Takraw Jalan Bandong selama dua hari sempena Program Kecergasan Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sarawak.

Selain itu, objektif utama penganjuran kejohanan tersebut adalah untuk memilih pemain yang akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ke Program Kecergasan Kebangsaan KKM yang akan berlangsung di Johor tahun depan.

Hadiah disampaikan Penolong Pengarah (Pengurusan) Hospital Sibu Nor Izzah Marzuki.

Sukan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282269554417083

Borneo Post