Utusan Borneo

England kubur harapan Wales

The Three Lions ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan A dengan kemenangan 3-0 ke atas Wales

DOHA: England menempah tiket ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 menentang Senegal selepas Marcus Rashford dan Phil Foden masing-masing menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Wales, sekali gus menyebabkan Wales tersingkir dari kejohanan pada Selasa.

Saya fikir kami mengawal sepenuhnya separuh masa pertama tetapi tidak mencipta cukup peluang. Kami merasakan bahawa dengan menukar posisi pemain sayap, kami boleh membuka ruang.

Skuad kendalian Gareth Southgate mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan B selepas sumbangan gol Rashford dan Foden selepas kedua-dua pemain itu dikembalikan ke kesebelasan utama.

Foden menunjukkan kenapa ada desakan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama apabila memperolehi tendangan percuma yang disempurnakan Rashford untuk membuka jaringan pada awal separuh masa kedua perlawanan di Stadium Ahmad bin Ali.

Foden menambah jaringan tidak lama selepas itu untuk menamatkan perlawanan yang digelar “Pertarungan Britain” dan Rashford melengkapkan jaringan untuk memastikan penampilan pertama Wales di Piala Dunia sejak 1958 berakhir dengan kekecewaan.

Dengan Foden dan Rashford memberikan ketajaman di jentera serangan England yang tumpul sebelum ini – keputusan seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat (AS) – Kemenangan ini adalah yang kedua dari sembilan perlawanan tera

Gareth Southgate Jurulatih England

khir mereka.

Separuh masa pertama kelihatan hambar dan menunjukkan bahawa England masih mempunyai ruang untuk diperbaiki ketika mereka memburu kejuaraan pertama sejak memenangi Piala Dunia 1966.

Tetapi cara mereka bermain selepas rehat memberikan galakkan menjelang perlawanan menentang Senegal Ahad ini.

“Saya fikir kami mengawal

sepenuhnya separuh masa pertama tetapi tidak mencipta cukup peluang. Kami merasakan bahawa dengan menukar posisi pemain sayap, kami boleh membuka ruang. Phil melakukannya dengan baik untuk mendapatkan sepakan percuma,” kata Southgate.

Ketika penyokong England menganggap Jerman dan Scotland adalah musuh utama mereka, Wales tidak pernah merahsiakan betapa mereka mahu menewaskan negara

jiran yang dibenci itu.

Skuad Wales pernah dirakam meraikan kekalahan memalukan England di Euro 2016 apabila tewas kepada Iceland sementara penyerang Wales, Kieffer Moore barubaru ini berkata dia mahu menyingkirkan England dari Piala Dunia.

Dengan mengimbau apa yang berlaku, menyingkirkan Wales dari kejohanan adalah satu bonus untuk England.

Tetapi apa yang lebih

penting ialah memadam kekecewaan apabila dicemuh penyokong sendiri selepas aksi hambar ketika seri dengan AS.

Jurulatih Wales, Rob Page berkata: “Kami harus meletakkan perkara dalam perspektif. Kami tidak memiliki pemain yang dimiliki England. Ia satu pencapaian yang hebat untuk berada di sini.”

Rashford, salah seorang dari empat pertukaran dibuat oleh Southgate, mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan England di hadapan apabila mengejar umpanan Harry Kane tetapi mengambil masa terlalu lama untuk melakukan penyudah, membolehkan Danny Ward melakukan hadangan.

Gagal mencari ruang di hadapan pintu gol England, Wales hanya berkampung dalam kawasan mereka sendiri ketika pemain England menguasai bola tetapi tanpa mempunyai peluang terbaik.

Dikritik kerana prestasi hambar ketika tewas kepada Iran, kapten Wales, Gareth Bale dikeluarkan pada masa rehat kerana kecederaan.

Sukan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282278144351675

Borneo Post