Utusan Borneo

Sibu hantar 28 peserta ke 7th Malaysia Masters International Swimming Championship 2022

Sibu Master Swimming Club akan menghantar 28 peserta untuk menyertai 7th Malaysia Masters International Swimming Championship 2022 yang berlangsung di Pandelela Rinong Aquatic Centre, Kuching pada Sabtu ini.

Ini adalah kali ketiga Sibu Master Swimming Club menyertai kejohanan seumpama itu selepas kejohanan pada 2018 yang juga berlangsung di Kuching dan di Ipoh pada 2019.

Sibu Master Swimming Club akan bertanding dalam 97 acara dalam pertandingan yang dianjurkan Amateur Swimming Association of Sarawak (ASAS).

Kejohanan itu disertai mereka yang berumur 20 tahun hingga 79 tahun dan ke atas.

Sibu Master Swimming Club ditubuhkan sekumpulan bekas perenang negara dan negeri dan pada masa yang sama juga mengalu-alukan perenang senior untuk menjadi ahli.

Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi Naib Presiden Loh Teck Sing di talian 0102213552, Ling Chiong Hing (0168607050) atau Ling Ai Gek (0138041983).

Satu majlis penyerahan bendera telah diadakan semalam oleh penaja utama Datin Sri Yii Yong Mee di Kolam Renang Delta di sini kepada Presiden Sibu Master Swimming Club Ngu Hew Sii.

Sukan

ms-my

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

2022-12-01T08:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/282286734286267

Borneo Post