Utusan Borneo

Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan

KOTA SAMARAHAN:

Tiga orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kampung Sindang, Kota Samarahan semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada jam 9.10 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal di mana pemandu kedua-dua kereta masing-masing mengalami kecederaan dan masih berada di dalam kereta.

“Pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkam kedua-dua mangsa dari dalam kereta tersebut dan seterusnya mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Manakala penunggang motosikal dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kerja-kerja pembersihan serpihan kemalangan jalan daya dilakukan oleh pasukan bomba.

“Setelah selesai sepenuhnya dan memastikan keadaan selamat, pihak bomba berangkat balik ke balai,” katanya.

Muka Depan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281509345824110

Borneo Post