Utusan Borneo

Maxis Startup Village tampilkan potensi untuk syarikat pemula, usahawan di WCIT & IDECS 2023

KUCHING: Maxis mengambil bahagian sebagai Rakan Inovasi Rasmi untuk Kongres Dunia Inovasi dan Teknologi (WCIT) Ke-27 2023 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-6 2023, yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Dalam peranannya sebagai Rakan Inovasi Rasmi, Maxis akan memperkasakan ‘Startup Village’ pada persidangan tersebut yang akan menyaksikan penglibatan lebih daripada 40 syarikat pemula dari seluruh rantau.

“Syarikat pemula, para usahawan dan pelawat sekalian dijemput untuk mengunjungi Maxis Startup Village yang terletak di Aras 1 BCCK.

“Di mana mereka boleh menerokai pelbagai penyelesaian bersepadu sambil berhubung dengan rakan sebaya, mencungkil peluang baharu dan memacu idea mereka ke peringkat seterusnya,” kata pihaknya dalam satu kenyataan.

Sebagai penyedia sambungan bersepadu yang terkemuka di Malaysia, Maxis berhasrat memupuk inovasi dalam ekosistem teknologi dan memperkasakan usahawan dan perniagaan melalui rangkaian dan penyelesaian yang boleh dipercayai.

Penyelesaian semua dalam satu untuk pendigitalan dan disokong oleh kepakaran bertauliah bertaraf dunia, tegasnya.

Maxis telah secara konsisten menunjukkan dedikasinya untuk memupuk inovasi melalui pelbagai program perintis bersama rakan industri seperti

MDEC, ScaleUp Malaysia, MRANTI dan lain-lain.

Antara program perintis tersebut adalah Market Access Day, Maxis Startup Connect and Startup World Cup 2023.

Wakil Maxis juga akan menyertai perbincangan panel tentang topik wanita dalam teknologi, kerjasama dengan syarikat pemula dan korporat serta pendigitalan untuk perniagaan.

Layari https://wcitidecs2023.com/ untuk maklumat lanjut tentang WCIT & IDEC 2023.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai penyelesaian Maxis untuk perniagaan dan perusahaan, layari https://www.business.maxis. com.my/.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281565180398958

Borneo Post