Utusan Borneo

Agensi pusat akan diwujudkan bagi selaras dan awasi CFCI

KUCHING: Satu agensi pusat akan diwujudkan bagi menyelaras dan mengawasi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) di negeri ini yang bersepadu, komprehensif, seimbang serta berasaskan bukti.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia merupakan pendekatan kerajaan negeri bagi menubuhkan CFCI di Sarawak.

“Melalui tadbir urus yang diselaraskan CFCI Sarawak, melibatkanmajlisperbandaran, kementerian relevan dan agensi disasarkan, UNICEF Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta profesional, strategi berkesan boleh dilaksanakan.

“Ini termasuk mengumpul data dan memantau kemajuan, advokasi serta peningkatan kesedaran, undang-undang dan dasar mesra kanak-kanak, rancangan pembangunan tempatan, belanjawan, penyelarsan serta perkongsian, tidak lupa penyertaan daripada kanakkanak dan orang muda.

“Akhirnya, pihak berkuasa tempatan diberi kuasa dan cekap untuk menerima dan melaksanakan CFCI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pelaksanaan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) disusuli Penubuhan Majlis Perwakilan KanakKanak Sarawak (MPKK) di sini, semalam.

Fatimah berkata amalan baik dan pengalaman hidup di Madrid dan Helsinki mencadangkan penyertaan kanak-kanak dan golongan muda merupakan faktor kejayaan kritikal kepada CFCI.

“Selaras dengan ini, majlis atau suruhanjaya kanakkanak atau orang muda untuk Sarawak ditubuhkan bagi memudahkan mereka penyertaan dan pandangan mereka dihormati.

“Kita perlu melihat penyertaan kanak-kanak dan golongan muda sebagai hak asasi yang penting dalam pembinaan bandar atau komuniti yang mesra kanak-kanak,” katanya.

Penglibatan aktif mereka penting untuk mencerminkan dan menangani kebimbangan, idea serta keutamaan mereka dalam dasar, perkhidmatan dan kemudahan disediakan kerajaan, tambahnya.

Menurutnya ia boleh melalui mekanisme tidak formal seperti media sosial, tinjauan, petisyen, kumpulan fokus, kumpulan belia atau mesyuarat tempatan atau melalui sistem yang lebih formal seperti majlis kanakkanak.

“Satu cadangan ialah menubuhkan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Sarawak (MPPKS).

“Tanpa mengira format, mekanisme penyertaan mestilah bersesuaian dengan umur, beretika dan mematuhi standard kualiti asas serta boleh diakses oleh semua kanak-kanak termasuk yang paling terpinggir,” ujarnya.

Fatimah berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak yang dikenal pasti terlibat menjayakan inisiatif itu ialah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan KesejahteraanKomunitiMohamad Razi Sitam, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Noriah Ahmad dan Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281582360268142

Borneo Post