Jerebu melanda Malaysia adalah dari Indonesia: Dr Hazland
Kerajaan Indonesia tidak boleh nafi dakwaan berhubung jerebu akibat kebakaran hutan, tanah di negara itu
Oleh Marlinda Mardzuki
KUCHING: Kerajaan Indonesia tidak boleh menafikan dakwaan berhubung jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah di negara itu melintasi Malaysia.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini kerana data-data yang diperoleh daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) menunjukkan berlakunya jerebu rentas sempadan dari Indonesia ke negara jiran.
“Mana boleh menafikan, kita mempunyai stastik yang mana terdapat empat titik panas dikesan di Sarawak dan 2,203 titik panas dikesan di Kalimantan bagi tempoh 20 September hingga 28 September lalu.
“Ini data daripada ASMC bukan dari Malaysia, jadi macam mana mereka boleh nafikan situasi seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Untuk Demonstrasi Projek Stesen Pengecasan Bas Elektrik Solar Pintar Kuching
Metro di sini, semalam.
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar menerusi satu kenyataan rasmi di Jakarta kelmarin menegaskan bahawa aduan Malaysia mengenai jerebu Indonesia adalah tidak tepat.
Katanya, pihak kementerian Indonesia telah memantau keadaan dan tiada jerebu rentas sempadan yang sampai ke Malaysia.
“Malah, tiada jerebu rentas sempadan dari Indonesia yang melintasi Malaysia,” ujar Siti Nurbaya.
Dalam pada itu, Dr Hazland berkata, perkara berhubung situasi jerebu akan dibawa ke perbincangan dalam sebuah Jawatankuasa Sosioekonomi Malaysia-Indonesia (SOSEK MALINDO) pada masa akan datang.
“Perbincangan seterusnya akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang dan kita akan mencadangkan beberapa perkara, antaranya berhubung alam sekitar di kedua-dua negara ini.
“Selain itu, kita juga akan mencadangkan kepada kerajaan Indonesia atau sektor perniagaan mereka untuk memasuki biojisim.
“Jadi, daripada mereka membakar pokok-pokok itu apabila mereka memotong, ia boleh menjadi biojisim sekali gus boleh menjadi sumber tenaga boleh jadi, pendapatan baharu khususnya untuk golongan petani,” katanya.
“Mana boleh menafikan, kita mempunyai stastik yang mana terdapat empat titik panas dikesan di Sarawak dan 2,203 titik panas dikesan di Kalimantan bagi tempoh 20 September hingga 28 ” September lalu. Dr Hazland Abang Hipni Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281595245170030
Borneo Post
