Lebih ramai wanita atau kesaksamaan jantina perlu diperkasa dalam teknologi terkini: Yang
KUCHING: Lebih ramai wanita atau kesaksamaan jantina perlu diperkasa dalam teknologi terkini khasnya dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), kata Pengasas Timeless Emma Yang.
Yang, berusia 19 tahun yang kini berada di New York City, Amerika Syarikat merupakan genius dalam bidang coding dan pada masa yang sama Emma juga merupakan pengasas sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Timeless.
Malahan katanya, beliau bertuah kerana dibesarkan ibu bapa yang tidak pernah menjadikan jantinanya sebagai penghalang untuk meneruskan bidang diminatinya.
“Kita memerlukan semua suara daripada platform kita di sini, hari ini untuk teknologi tinggi.
“Kita menyedari kepentingan bahawa lebih ramai wanita dan gadis terlibat dalam teknologi dan STEM. “Namun untuk mengangkat wanita dalam STEM kita perlu menggalakkan lebih ramai penyertaan dalam teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Asia She-Tech 2023 secara maya yang diadakan sebagai pra-acara kepada WCIT dan IDECS 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) Ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa
Sarawak (IDECS) Ke-6 akan diadakan secara serentak di sini, pada 4 hingga 6 Oktober 2023.
Yang berkata, namun melihat kepada peluang yang ada pada masa kini, ia masih jauh dan tidak mencukupi wanita dalam teknologi.
Maka itu katanya, ketidakseimbangan jantina perlu diberi perhatian dan percaya ia akan memberi gambaran sebenar kepentingan sebenar lelaki serta wanita dalam masyarakat.
“Sebagai seorang usahawan wanita muda yang telah mendapat penghormatan, saya berharap kepada anda semua untuk memikirkan tentang ‘titik buta’ kita.
“Gunakan teknologi sebagai alat untuk menyelesaikan masalah bagi komuniti,” katanya.
Yang dilahirkan di Hong Kong, tetapi kini tinggal di New York City dan sedang belajar di Harvard University di Cambridge, Massachusetts.
Beliau mula melakukan coding ketika berusia enam tahun yang kemudian juga mengikuti kelas dikendalikan Akademi Coding pertama di Hong Kong, yang diasaskan oleh seorang usahawan wanita yang baru pulang dari Silicon Valley.
Menceritakan perjalanannya sebagai pengasas Timeless, iaitu aplikasi telefon bimbit untuk pesakit alzheimer, Yang telah mencipta produknya sendiri pada usia 11 tahun.
Yang juga datang daripada ahli keluarga yang menghidap penyakit alzheimer, neneknya menghidap penyakit ini justeru, demi membantu neneknya, Yang menggunakan kemahiran coding yang dimiliki untuk mencipta aplikasi Timeles.
“Saya sedar bahawa walaupun saya berumur 11 tahun, saya boleh mencipta produk yang bermakna dan menarik yang akan memberi kesan kepada kehidupan orang lain.
“Dan itulah tujuannya. Itulah permulaan perjalanan saya sebagai pengasas kami. Semasa saya tinggal di Hong
Kong, nenek saya akan menjaga saya ketika ibu bapa saya bekerja,” katanya.
Beliau berkata semasa beliau berumur sekitar tujuh atau lapan tahun, neneknya telah disahkan menghidap penyakit alzheimer, penyakit neurodegeneratif kronik.
Alzheimer memberi kesan kepada setiap orang secara berbeza tetapi bagi neneknya impak terbesar kepada keluarganya ialah betapa sukarnya untuk berbual, ujarnya.
“Jadi untuk membantu nenek saya benar-benar mencabar, alzheimer kembali ke beberapa cara yang kami fikir dapat membantu dia mengingati peristiwa harian dan terus berhubung dengan kami.
“Kami mempunyai papan putih yang menyediakan saya untuk mengemas kini secara kerap ruang tamu kami untuk menulis maklumat penting seperti tarikh temu janji doktor dan nombor telefon.
Saya tidak sabar-sabar untuk membantu keluarga saya jadi saya beralih kepada apa yang selama ini hanya hobi untuk mencipta sesuatu yang bagus dan berfikir kerana ia mencabar,” katanya.
Beliau mencipta aplikasi berkenaan yang menggabungkan semua perkara yang telah mereka sekeluarga gunakan yang akan menjejaki peristiwa.
Katanya ia membantu keluarganya menghantar foto kepada neneknya dan membantu menghubungi mereka dengan mudah tanpa perlu mencari menerusi nombor telefon.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281651079744878
Borneo Post
