Persidangan Asia Untuk Haiwan Sarawak 2023, 11-13 Oktober
KUCHING: Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) bakal menganjurkan Persidangan Asia Untuk Haiwan Sarawak (AfA) 2023, pada 11 hingga 13 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Menurut kenyataan SSPCA, persidangan tersebut akan dihadiri dan dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri
Abang Johari Tun Openg bertemakan ‘Pendidikan dan Penglibatan Membawa Perubahan’.
Penceramah Plenari yang mewakili Yayasan Haiwan Asia Dave Neale akan membentangkan tentang ‘Kepentingan Memahami Kapasiti Haiwan untuk Kebajikan’.
Beliau juga akan menerangkan tentang peranan kritikal kefahaman dalam memastikan kesejahteraan haiwan di seluruh Asia.
“Saya berharap melalui sesi ini, peserta di Sarawak akan lebih memahami penggunaan mesej positif tentang kehidupan haiwan.
“Serta bagaimana ia dapat membantu orang ramai untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang haiwan dan bagaimana tingkah laku kita memberi kesan kepada kehidupan haiwan ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.
AfA 2023 juga menampilkan 82 penceramah lainnya daripada 23 negara, menyediakan program komprehensif untuk semua perwakilan.
Persidangan ini akan memberikan 30 poin Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk menyokong pemupukan pertumbuhan dan pembangunan profesional dalam bidang kebajikan haiwan.
Persidangan Asia untuk Haiwan Sarawak 2023 disokong Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Business Event Sarawak (BESarawak).
Peserta yang berminat boleh melayari www.asiaforanimals.com/confrence2023 untuk maklumat lanjut.
Untuk pendaftaran saat akhir, hubungi operations@ placeborneo.com.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281663964646766
Borneo Post
