Utusan Borneo

Kerajaan Sarawak berhasrat transformasi sistem pendidikan

Dengan memfokus kepada usaha melahirkan tenaga kerja lebih produktif, efektif dan berkemahiran tinggi

Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat mentransformasikan sistem pendidikan dengan memfokus kepada usaha melahirkan tenaga kerja yang lebih produktif, efektif dan berkemahiran tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata mempunyai tenaga kerja yang memiliki ciri-ciri tersebut penting kerana ia dapat menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan ekonomi secara mampan.

“Kerajaan Sarawak juga mencari tranformasi pendidikan bagi memastikan generasi masa depan kita bersedia (menghadapi perubahan serta Revolusi Industri 4.0).

“Dalam usaha memanfaatkan teknologi, kita mengalu-alukan inisiatif perintis bagi mendemokrasikan pendidikan, memastikan kebolehcapaian dan kualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Kaedah Pengkomputeran Dalam Kejuruteraan & Sains Kesihatan (ICCMEH) dan Persidangan Antarabangsa Perniagaan & Kemajuan Teknologi Dalam Revolusi Industri 4.0 (ICoBTA-IR4.0 2023) yang pertama di sini, semalam.

Persidangan itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA Sarawak, merupakan sebahagian daripada Pembinaan Keupayaan ERASMUS+KA2 dalam projek-projek Bidang Pendidikan Tinggi dibiayai bersama Kesatuan Eropah dengan dua konsortium.

UiTM merupakan rakan kongsi kedua-dua konsortium itu dan objektif kedua-dua persidangan itu berkaitan dengan ekosistem digital bagi pendidikan serta teknologi, menghubungkan dimensi global dan tempatan.

“Sesungguhnya, tema menyeluruh ICCMEH dan ICoBTA-IR4.0 seiring dengan usaha Sarawak, menekankan hubungan simbiotik antara pendidikan dan teknologi.

“Kita membayangkan keadaan di mana pertemuan pendidikan dan teknologi bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi sosioekonomi, memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi kita yang akan datang,” katanya sambil menambah, Sarawak komited kepada objektif itu.

Abang Johari berkata lojakan besar ke dalam ekonomi digital dan hijau dilakukan Sarawak bersama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 serta menjadikan Kuching Bandar Pintar menjelang 2025 akan mendapat manfaat daripada dua projek ERASMUS+.

Ini kerana katanya ia menyediakan penyelesaian praktikal untuk membantu merapatkan jurang antara keperluan industri atau jangkaan dan output sistem pendidikan.

“Selaras dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke12 yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 11 September 2023, meminta kokurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang baharu diperkenalkan kepada pelajar.

“Ini bagi membolehkan pelajar menghayati Revolusi

“Kerajaan Sarawak juga mencari tranformasi pendidikan bagi memastikan generasi masa depan kita bersedia (menghadapi perubahan serta Revolusi ” Industri 4.0). Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Industri Keempat (IR4.0) selaras dengan aspirasi negara dan bidang kepakaran utama IR5.0. Inilah cabaran besar pendidikan,” ujarnya.

Terdahulu Rektor UiTM Sarawak Profesor Dato Dr Jamil Hamali dalam ucapan aluannya berkata ICCMEH merupakan usaha sama tiga institusi pengajian tinggi dari India, Jepun dan Malaysia serta dua institusi rakan kongsi daripada ERASMUS+ projek APPLY di Malaysia.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281668259614062

Borneo Post