KPM peruntuk RM2.34 juta kepada 23 sekolah di Sarawak
SIBU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.34 juta kepada 23 sekolah bagi memastikan standard pendidikan di Sarawak dinaikkan dan berjalan dengan lancar.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, peruntukan itu disalurkan kepada sekolah terbabit sepanjang lawatan 10 hari beliau ke Sarawak yang berakhirdiSekolahMenengah Kebangsaan (SMK) Saint Elizabeth semalam.
“Dalam lawatan ini, saya telah melawat 17 buah sekolah di Sarawak dan telah menyalurkan peruntukan kepada 23 buah sekolah.
“Jumlah besar yang telah disalurkan ke sekolah di Sarawak adalah RM2.34 juta,” ujarnya pada sidang media semasa lawatan tersebut.
Menurut Lim, peruntukan yang diterima daripada KPM itu termasuk peruntukan bagi menaik taraf tandas atau peruntukan bagi sekolah berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
“Hari ini di Sibu, jumlah yang diberikan termasuk dengan peruntukan SBK dan peruntukan tambahan turun padang saya, KPM telah salurkan kepada SMK St Elizabeth sebanyak RM110,000, SJKC Tiong Hing RM100,000 dan SJKC Thai Kwang RM100,000.
“Jadi jumlah peruntukan di Sibu adalah RM310,000,” jelasnya.
Menyentuh mengenai lawatan itu Lim berkata, tujuan utama beliau adalah untuk melawat dan memantau keadaan sekolah, di mana beliau telah melawat Miri, Bintulu, Kuching, Bau, Sarikei dan Sibu.
Ditanya mengenai fokus KPM untuk Sarawak bagi tahun depan beliau berkata, fokus utama kementerian adalah untuk mempercepatkan proses membaik pulih sekolahsekolah usang di Sarawak, terutama yang berstatus skala tujuh.
“Seperti tahun ini, Perdana Menteri juga telah berkata tentang banyak bangunan sekolah usang di Sarawak.
“Kita sememangnya dalam proses untuk membaik pulih sekolah-sekolah usang di Sarawak ini.
“Banyak sekolah usang di Sarawak berstatus skala tujuh di mana sekolah dengan skala tujuh ini perlu diroboh dan dibina baharu.
“Jadi ini salah satu daripada hasrat menteri dan juga KPM iaitu untuk mempercepatkan proses ini,” ujarnya.
Selain itu, KPM katanya turut memberi fokus kepada keciciran murid terutama di kawasan pedalaman, di mana KPM akan mengkaji cara mengatasi situasi tersebut.
Lim juga bersyukur kerana KPM antara kementerian yang mendapat peruntukan yang besar dalam bajet tahun depan sebagaimana yang dimaklumkan oleh Perdana
Menteri.
“Kita amat bersyukur kerana peruntukan yang kita terima antara yang terbesar.
“Ini sangat penting untuk peruntukan penyelenggaraan kerana banyak sekolah kita sangat berusia dan banyak perkara di sekolah perlu diselenggara.
“Jadi kita mahu anakanak belajar dalam keadaan selamat dan selesa.
“Anak-anak ini merupakan pemimpinmasadepannegara, jadi kita perlu pastikan pendidikan yang mereka terima adalah yang terbaik sekali,” tegasnya.
Hadir sama pada lawatan itu ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Senator Roderick Wong, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Irene Chang, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Les Met, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Siti Mariam Abdul Rahman serta Pengetua SMK St Elizabeth Chee Hue Yiang.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281676849548654
Borneo Post
