Utusan Borneo

RM100,000 untuk selenggara kemudahan asas, naik taraf balapan SJKC Thai Kwang

SIBU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah JenisKebangsaanCina(SJKC) Thai Kwang, di sini untuk tujuan penyelenggaraan kemudahan asas dan menaik taraf balapan sekolah.

Timbalan Menterinya Lim Hui Ying berkata, peruntukan sebanyak RM50,000 adalah untuk projek Penyelenggaraan Institusi Pendidikan (PIP) Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) manakala sebanyak RM50,000 lagi adalah peruntukan khas Laksana Transformasi Pendidikan (LTP).

Lim berkata, isu infrastruktur berkait dengan pembangunan dan isu penyelenggaraan sekolah memberi kesan terhadap keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru.

Justeru katanya, tindakan awal atau langkah pencegahan amatlah penting sebelum berlaku kecelakaan.

“Saya ambil maklum bahawa sekolah (SJKC Thai Kwang) memerlukan dana untuk menyelenggara bangunan dan fasiliti.

“Atas cadangan yang dikemukakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, KPM meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000.

“Harapan saya, setiap peruntukan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan kunjungan ke SJKC Thai Kwang sempena lawatan kerja ke Sibu.

Menurut Lim, demi menyokong hasrat Kerajaan

Perpaduan dengan merangka konsep Madani ke dalam sistempendidikan,KPMtelah berhasrat mewujudkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia yang akan memberi pendidikan berkualiti, beretika, adil dan holistik.

Katanya, ini bertujuan memastikan pelajar dapat membesar dan menjadi insan yang berilmu dan berguna.

Jelasnya, antara isu yang diberi prihatian adalah pembangunan profesional pentadbir iaitu NPQEL dan isu penyelenggaraan infrastruktur sekolah.

“Adalah menjadi hasrat kementerian meningkatkan kualiti pemimpin sekolah melalui NPQEL di mana ia merupakan prasyarat kepada mereka yang bakal dilantik sebagai pengetua atau guru besar.

“Saya menyeru kepada penolong-penolong kanan yang telah memenuhi kriteria dan syarat untuk memohon agar menyertai kursus NPQEL.

“Ini bagi memastikan setiap kekosongan pemimpin sekolah dapat diisi dalam tempoh yang ditetapkan khususnya di Sarawak yang unik dari segi lokalitinya,” ujarnya.

Bercakap lanjut Lim turut merakamkan penghargaan kepada warga pendidik SJKC ThaiKwangkeranamenerima dan memberi sokongan penuh kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di sekolah itu.

Katanya, KPM telah menyediakan bantuan dan sokongan kepada MBPK bagi membantu meningkatkan potensi mereka di samping menyediakan perkhidmatan sokongan pendidikan khas kepada MBPK.

Ini kerana hasrat KPM adalahuntukmeminimumkan ketidakupayaan pelajar supaya dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dengan berkesan.

“Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam peningkatan akses dan kualiti pendidikan bagi MBPK ini.

“KPM juga akan mempertingkatkan usaha untuk mengesan MBPK dengan menjalankan lebih banyak sesi saringan kepada murid seawal usia empat tahunselainturutmenjalinkan kerjasama dengan industri serta institut latihan lanjutan untuk meningkatkan dan memperluaskan ruang dan peluang kebolehpasaran MBPK,” tambah beliau.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281685439483246

Borneo Post