SJKC Tiong Hin Sibu terima RM100,000 untuk selenggara sekolah
SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiong Hin di sini menerima bantuan berjumlah RM100,000 untuk penyelenggaraan sekolah terbabit.
Peruntukan itu disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying yang mengadakan lawatan kerja ke sekolah tersebut kelmarin.
Pada lawatan itu, beliau menyampaikan peruntukan berjumlah RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penyelenggaraan sekolah terbabit.
Menurut Lim, RM50,000 merupakan peruntukan di bawah projek Penyelenggaraan Institusi Pendidikan (PIP), manakala RM50,000 lagi di bawah Lawatan Turun Padang (LTP) beliau.
“KPM sentiasa komited terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah.
“Antara isu yang amat saya prihatin adalah isu penyelenggaraan infrastruktur sekolah yang secara langsung akan memberi kesan terhadap keselamatan dan keselesaan murid dan guru.
“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, saya mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk memantau dan memastikan segala usaha kementerian dapat disampaikan ke akar umbi yang boleh memberi manfaat kepada semua warga sekolah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga merakam ucapan penghargaan kepada SJKC Tiong Hin kerana telah menerima dan memberi sokongan penuh kepada anakanak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di sekolah tersebut.
Turut hadir Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Les Met, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Tiong Hin Lu Muong Huat, Timbalan Pegawai Pendidikan Sibu Siti Mariam Abdul Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Irene Chang dan Guru Besar SJKC Tiong Hin Hii Chin Ung.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281694029417838
Borneo Post
