Hotel dan inap desa abaikan kebersihan ditegur
MOTAC terima banyak aduan berkaitan rasa tidak puas hati pelancong terhadap kebersihan sesetengah hotel, inap desa
Oleh Ambrose Rirang
“Pengusaha premis terbabit dilihat mengabaikan aspek penting dalam industri pelancongan dan terdapat aduan mendakwa pengusaha premis tidak mengisi semula cecair pembasmi kuman mungkin dianggap tidak diperlukan pada masa ini, sedangkan ia merupakan aspek penting menjaga kebersihan dan ” keselamatan orang ramai.
BINTULU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima banyak aduan berkaitan rasa tidak puas hati dan kecewa pelancong terhadap tahap kebersihan sesetengah hotel dan inap desa di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, aduan tahap kebersihan restoran serta pusat belibelah di negara ini berhubung aspek sama merangkumi perkhidmatantidakberkualiti dan mengabaikan aspek kebersihan.
“Pengusaha premis terbabit dilihat mengabaikan aspek penting dalam industri pelancongan dan terdapat aduan mendakwa pengusaha premis tidak mengisi semula cecair pembasmi kuman mungkin dianggap tidak diperlukan pada masa ini, sedangkan ia merupakan aspek penting menjaga kebersihan dan keselamatan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tiong berkata, tidak dinafikan
Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
pada pascapandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai lebih mementingkan kebersihan terutama ketika berada di luar atau kawasan terdedah pelbagai risiko.
Oleh itu katanya, aspek kebersihan seperti penyediaan cecair pembasmi kuman masih diperlukan serta digalakkan meletak di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah dan seumpamanya.
“Sehubungan itu, mulai tahun depan MOTAC menyeragam serta memperkenal garis panduan khusus kepada pelancong yang mahu mengunjungi sesebuah tempat penginapan dalam negara seperti hotel, inap desa dan restoran.
“Penilaian menyeluruh dilaksanakan meliputi kualiti perkhidmatan, kebersihan dan keenakan masakan ditawarkan oleh pengusaha,” jelasnya.
Tiong menambah panduan itu juga memaparkan perincian bertindak sebagai indicator yang boleh dipercayai orang ramai khususnya pelancong asing yang mengunjungi Malaysia.
Beliau berkata, dengan adanya garis panduan diperbaharui dan dikemas kini memudahkan pelancong mendapatkan maklumat sepanjang percutian mereka di negara ini.
“Selain memudahkan mereka membuat pilihan terbaik dan menikmati perkhidmatan ditawarkan pengusaha tempatan bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan menyahut saranan kerajaan memaparkan imej baik negara di mata dunia,” katanya.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281745569025390
Borneo Post
