Utusan Borneo

Waspada dengan penggunaan nama, logo JBALB untuk tujuan penipuan

Liew Thai Chong muncul johan Pertandingan Membuat Tanglung

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak ingin menasihati orang ramai agar berwaspada dan berhati-hati dengan penggunaan nama dan logo jabatan untuk tujuan penipuan.

Baru-baru ini pihak JBALB Sarawak telah menerima aduan daripada orang awam tentang satu penyamaran atau ‘scamm’ yang menggunakan nama dan logo jabatan dengan mengemukakan satu surat palsu tawaran pembekalan barang untuk ubah suai dan penambahbaikan pejabat JBALB Daerah Baram/ Marudi, Bahagian Miri.

“Dalamhalsepertiini,pihak jabatan amat memandang serius terhadap penyamaran menggunakan nama JBALB Sarawak untuk tujuan apa sekalipun.

“Oleh yang demikian, satu laporan polis telah dibuat bagi tindakan seterusnya oleh pihak berkuasa,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan pihak JBALB semalam.

Pihaknya mengingatkan orang ramai untuk segera mendapatkan maklumat dan pengesahan lanjut daripada pihak JBALB berhubung mana-mana individu, syarikat atau perniagaan yang menggunakan nama JBALB Sarawak sebelum membuat sebarang transkasi.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang perkara di atas, adalah dinasihatkan untuk menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211.

KUCHING:LiewThaiChong muncul johan Pertandingan Membuat Tanglung di Plaza Merdeka sempena Festival Pertengahan Musim Luruh pada 1 Oktober lalu.

Menyusuli beliau adalah Wilson Nyam, Ling Chun Yu (di tempat ketiga) manakala Nyam Kee Guan serta Ho Wee Ching masing-masing menerima hadiah saguhati.

“Pesta Pertengahan Musim Luruh itu telah berlangsung dengan jayanya bermula 22 September hingga 1 Oktober lalu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, peserta, sukarelawan, orang ramai yang murah hati dan ibu bapa atas sokongan untuk kanakkanak istimewa.

“Dalam Pertandingan Membuat Tanglung terdapat sembilan tanglung dipamerkan sepanjang festival berlangsung di aras bawah Garden Box, Plaza Merdeka.

“Tanglung itu mencerminkan masyarakat pelbagai kaum kita yang aman melalui tema dan reka bentuknya,” kata Pengerusi Persatuan Peminat Seni, Tarian dan Muzik Kuching Surimas Dato Sim Kiang Chiok dalam satu kenyataannya semalam.

Festival tersebut telah mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan dengan jayanya bagi membawa interaksi sosial bagi memupuk perpaduan dalam kepelbagaian.

Pihaknya menganjurkan Festival Pertengahan Musim Luruh untuk mempromosikan aktiviti tradisi, kebudayaan dan kesenian bersama-sama Persatuan Pembangunan Bakat dan Kebajikan Orang Berkeperluan Khas (KATSN) Kuching.

Terdapat pameran seni, persembahan dan pelbagai pertandingan seperti tanglung, membuat kuih bulan, nyanyian, mewarna dan pertandingan cheongsam.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281754158959982

Borneo Post