JCI berjaya menganjurkan kursus latihan
MIRI: Junior Chamber International (JCI) berjaya menganjurkan kursus latihan ‘JCI Discover & Explore’ di The Hive Co-working Space Miri di sini.
JCI Riam menerusi kenyataan medianya berkata, penganjuran kursus selama lima jam itu adalah untuk menyediakan ahliahli dengan pemahaman mendalam tentang JCI, misi dan nilainya.
Melalui kursus itu, ahli-ahli berpeluang memahami dan mendalami tujuan dan misi JCI yang sebenar.
“Kursus itu juga meliputi kualiti kepimpinan, pembangunan kemahiran kepimpinan, perbezaan antara pemimpin dan pengikut serta peluang dalam kepimpinan dalam JCI.
“Dengan menyertai kursus ini, ahli-ahli kini mempunyai pemahaman jelas tentang struktur, peranan dan komponen pentadbiran JCI memastikan penjajaran dengan pelan strategik dan objektif JCI,” jelas kenyataan itu.
Kursus tersebut turut dikendalikan oleh jurulatih JCI berpengalaman dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Kebangsaan JCI 2021 Senator KCI Petrus G. Young.
Dalam sesi latihan diadakan, Petrus memberi gambaran menyeluruh tentang konsep teras JCI, memupuk penyertaan aktif dan interaksi dalam kalangan peserta.
Sementara itu, Presiden JCI Riam ke-13 Kelvin Hii yang hadir sama turut merakamkan penghargaan kepada Petrus serta ahli-ahli yang menyertai kursus berkenaan.
“Terima kasih juga kepada pengerusi penganjur iaitu Eric Tan dalam memastikan pelaksanaan kursus ini berjalan dengan lancar,” katanya.
Hii turut menggalakkan ahli-ahli menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi melalui kursus itu untuk menyumbang kepada pembangunan masa depan JCI Riam dengan pemahaman jelas tentang peranan dan tanggungjawab masingmasing.
Beliau juga melahirkan harapan agar JCI Riam terus menganjurkan dan merancang aktiviti kemasyarakatan lebih berimpak pada masa akan datang.
“Misi JCI adalah menyediakan individu muda peluang pembangunan kepimpinan, pertumbuhan peribadi dan tanggungjawab sosial sambil memupuk persahabatan selain memberi sumbangan kepada pembangunan komuniti global,” jelasnya.
Setiap tahun, JCI menganjurkan pelbagai acara untuk memberi peluang kepada ahli-ahli meneroka potensi masing-masing.
Organisasi terbabit menggalakkan lebih ramai golongan belia menyertai JCI dan melihatnya sebagai platform untuk pembangunan dalam diri individu.
Mereka yang berminat menyertai JCI khususnya JCI Riam boleh menghubungi Hii di talian 016-5229395 atau melayari laman sesawang Facebook JCIRiam bagi maklumat lanjut.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281771338829166
Borneo Post
