Utusan Borneo

Pengkomputeran awan berperanan penting membolehkan pelbagai keupayaan, faedah untuk perniagaan, individu

KUCHING: Pengkomputeran awan dilihat sebagai pemboleh dan memainkan peranan penting dalam membolehkan pelbagai keupayaan serta faedah untuk perniagaan dan individu.

Ketua Pegawai Informasi MAXIS Ng May Ching berkata, pengkomputeran awan bertindak menyediakan sumber dan perkhidmatan IT (teknologi maklumat) yang boleh diakses, berskala, kos efektif dan selamat.

Jelas beliau, ia juga memperkasakan perniagaan danindividuuntukberinovasi, bekerjasama dan berkembang dalam dunia yang semakin digital dan saling berkaitan.

Teknologi awan katanya, terus berkembang sehingga menawarkan peluang baharu kepada perniagaan untuk memanfaatkan teknologi baru muncul seperti kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan rantaian blok untuk membolehkan lagi operasi dan perkhidmatan.

“Cloud (pengkomputeran awan) merupakan pemboleh tetapi persoalannya, adakah kita mempunyai kumpulan bakat yang sesuai di Malaysia untuk menyokongnya?

“Saya amat percaya bahawa terdapat banyak sokongan daripada kerajaan di peringkat akar umbi mengenai kumpulan bakat untuk teknologi dan adalah agak penting untuk menyokong minat yang semakin meningkat dalam perkhidmatan awan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temu bual eksklusif bersama The Borneo Post dan Utusan Borneo di Pusat

Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam sempena Forum Asia SheTech 2023 secara maya yang diadakan sebagai pra-acara kepada WCIT dan IDECS 2023.

Kongres Inovasi dan

Teknologi Dunia (WCIT) Ke27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-6 diadakan secara serentak di sini, pada 4 hingga 6 Oktober 2023.

Mengulas lanjut Ng berkata, perkhidmatan awan benarbenar memudahkan dan tidak memerlukan individu yang sangat teknikal untuk melakukan banyak perkara.

“Itulah sebabnya saya katakan apabila kami (MAXIS) menyokong dan menyediakan perkhidmatan awan ini, kami menyediakan banyak perkhidmatan hujung ke hujung dan anda tidak perlu melalui atau melaksanakan proses agak panjang, termasuk mempunyai bakat diperlukan; termasuk mengupah (pelbagai orang seperti) pembangun, pengaturcara serta orang untuk membuat sandar (backup) dan infrastruktur.

“Berlainan dengan awan (cloud), kesemua perkara itu tidak lagi berkaitan dan ia sangat berkuasa,” katanya.

Ng juga yakin bahawa dengan jenis pelaburan yang betuldisediakanolehpihaknya seperti infrastruktur yang membolehkan pemula, Maxis sangat percaya kepada inovasi dan persekitaran permulaan dan juga menyokong pelaburan akar umbi.

“Kami juga melabur dalam bakatmudamenerusiprogram biasiswa dan semuanya dalam membolehkan bidang teknologi yang kami miliki. Bakat teknologi sangat penting untuk kami terus mengembangkan industri awan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ng hadir pada She-Tech Asia Forum 2023 sebagai salah seorang daripada barisan panel yang membincangkan tajuk ‘Kerjaya-Kerjaya Teknologi’ (Tech Careers).

She-Tech dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak bagi memperkasakan wanita dalam wilayah ini sekali gus membolehkan 30 peratus daripada kaum hawa terlibat aktif dalam industri teknologi Sarawak menjelang 2030.

Bertemakan ‘Mengiktiraf Kuasa Wanita Dalam Teknologi’, ia bakal dihadiri pemimpin dan profesional dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta bidang-bidang digital, eksekutif korporat yang memfokus kepada kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman serta emimpin dan profesional dalam bidang STEM dan digital, eksekutif korporat yang memberi tumpuan kepada kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dan penyokong pemerkasaan wanita dan perwakilan saksama.

Tempatan

ms-my

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

2023-10-04T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281779928763758

Borneo Post