Kehadiran buaya besar baham anjing resahkan penduduk
Dikhuatiri menimbulkan ancaman kepada penduduk guna laluan air dan memancing di muara Sungai Kemena
Oleh Ambrose Rirang
BINTULU: Kehadiran seekor buaya besar berhampiran Jambatan BintuluJepak pada Ahad lalu meresahkan penduduk kerana dikhuatiri menimbulkan ancaman kepada penduduk setempat khususnya yang menggunakan laluan air serta menjalankan aktiviti memancing ikan dan udang di muara Sungai Kemena.
Video buaya yang tular dalam laman sosial Facebook milik Francis Ngu Hown Hua sejak kelmarin memaparkan seekor buaya membaham seekor anjing.
Ngu, 48, yang merupakan pemilik akaun Facebook terbabit semasa dihubungi Utusan Borneo berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sama ada menangkap atau memindahkan reptilia berkenaan bagi keselamatan semua pihak khususnya yang menjalankan kegiatan ekonomi di sekitar Sungai Kemena.
“Apa yang dikhuatiri ialah buaya berkenaan sudah mula membaham anjing dan kucing termasuk dilihat berada di bawah rumah penduduk di tepi sungai,” ujarnya.
Justeru, pihak berwajib harus memikirkan langkah relevan sebelum sesuatu yang buruk berlaku khususnya yang melibatkan manusia.
Ngu dalam pada itu menyarankan agar reptilia ganas itu ditangkap dan dipindahkan ke Taman Tumbina
“Apa yang dikhuatiri ialah buaya berkenaan sudah mula membaham anjing dan kucing termasuk dilihat berada di bawah rumah penduduk ” di tepi sungai.
Francis Ngu Hown Hua Pemilik akaun Facebook
Bintulu atau taman negara yang boleh menjadi habitat yang lebih sesuai dan jauh daripada penempatan manusia.
Seorang lagi penduduk tempatan, Kezie Matusup, 42, turut mengutarakan pendapat bahawa buaya bersaiz besar itu harus ditangkap dan dipindahkan ke lokasi sesuai, jauh dari penempatan manusia kerana dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.
Menurutnya, sebagaimana semua maklum, Sungai Kemena merupakan lubuk rezeki khususnya udang galah dan ikan bagi peraih hasil sungai.
Oleh itu tegasnya, sebelum sesuatu yang buruk berlaku, reptilia terbabit harus segera ditangkap dan dikeluarkan dari perairan berkenaan demi keselamatan semua pihak.
Tempatan
ms-my
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
2023-10-04T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281792813665646
Borneo Post
