Utusan Borneo

Tadika Methodist Bintangor, SK St Augustine terima geran UNIFOR

BINTANGOR:Sebuahgereja

dan sebuah sekolah kebangsaan (SK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong menerima geran daripada kerajaan Sarawak di sini, pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata kedua-dua penerima geran tersebut menerima geran daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Geran tersebut diagihkan kepada Tadika Methodist Bintangor yang menerima RM60,000 dan SK St Augustine Bintangor RM250,000.

“Geran itu diperuntukkan bagi membantu melaksanakan kerja-kerja baik pulih, naik taraf atau bina baharu infrastruktur serta kemudahan di kedua-dua organisasi itu,” katanya pada majlis ringkas penyerahan geran UNIFOR di sini.

Justeru, beliau berharap peruntukan itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya seperti objektif membuat permohonan

peruntukan itu.

“Usaha ini turut membuktikan kerajaan Sarawak sentiasa mengamalkan konsep terbuka terutamanya dalam perkara agama demi kesejahteraan bersama.

“UNIFOR ditubuhkan dengan peranan utama menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat menganut agama lain selain Islam di Sarawak,”

jelasnya.

Ding berkata, peruntukan UNIFOR itu bagi membantu agama lain, badan dan pertubuhan agama melaksanakan aktiviti, membina serta membaik pulih rumah ibadah dan lain-lain keperluan.

Hadir sama Guru Besar SK St Augustine Bintangor Yong Soo Sien dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Tempatan

ms-my

2023-08-26T07:00:00.0000000Z

2023-08-26T07:00:00.0000000Z

https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281797108551902

Borneo Post