Kenali sistem dan tanah pertanian di Malaysia
Oleh Chuo Sin Sen
TANAMAN merujuk kepada tumbuhan yang ditanam untuk kegunaan tertentu, sama ada sebagai makanan atau haiwan ternakan, sumber perubatan, untuk perdagangan, dan lain-lain.
Cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menghasilkan keadaan yang sesuai bagi pengeluaran hasil eksotik.
Bagi Sistem Pertanian Kebun Kecil, lazimnya sistem pertanian ini melibatkan penanaman tanaman bukan bijirin dan bersifat separuh komersial iaitu gabungan antara tanaman untuk jualan dan kegunaan sendiri.
Tanaman yang diusahakan biasanya terdiri daripada jenis tanaman jangka pendek seperti keledek, jagung, ubi kayu dan padi huma. Selain itu, ada juga aktiviti penternakan haiwan.
Dalam pada itu, lazimnya taburan dan lokasi jenis tanaman ini tertumpu di kawasan pedalaman yang jauh dari bandar atau memerlukan perjalanan berhari-hari ke kawasan lain yang maju. Dari segi skala operasi cara pertanian ini melibatkan kawasan yang kecil iaitu antara 0.5 shingga 1 hektar sahaja.
Mengenai orientasi pula, biasanya hasil keluaran adalah untuk kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja. Aspek pemilikan dan pengurusan tanah lazimnya tiada hak milik individu ke atas kawasan pertanian (dalam kawasan rizab rayuan mereka).
Terdapat empat jenis sistem pertanian di Malaysia yang dikenal pasti iaitu Sistem Pertanian Pindah
(Nomadic Agriculture), Sistem Pertanian Sara Diri
(Self Sufficiency), Sistem Pertanian Kebun Kecil
(Smallholder) dan juga terkini Sistem Perladangan Ekstensif dan Komersial
(Commersial Agriculture).
Bagaimanapun, kesemua empat jenis sistem pertanian ini masih wujud di beberapa lokasi dan ne-geri.
Dalam pada itu, kini Sistem Pertanian Vertikal
(Vertical Agriculture) lebih mampu menarik minat golongan usahawan muda seperti pertanian dengan menggunakan Struktur Pelindung Hujan (SPH), Pertanian Secara Fertigasi, Vege Factory dan beberapa terminologi lagi.
Walaupun kos permulaan dalam pertanian vertikal ini agak mahal, akan tetapi ia didakwa mampu menjamin pendapatan yang baik.
Di kawasan perbandaran dan kota pula, ada jenis pertanian yang diperkenalkan iaitu Sistem Pertanian Bandar (Urban Agricuture) yang menumpukan kepada pena-naman sayuran dan herba di kawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri.
Penggunaan kaedah dan peralatan tradisional seperti kapak, cangkul dan tenaga haiwan sering digunakan.
Sistem pertanian ini juga bergantung sepenuhnya kepada persekitaran fizikal seperti air hujan (dijadualkan mula menanam pada musim hujan) dan baja organik hasil pembakaran sisa tumbuhan yang ditebang.
Apapun jenis pertanian ini, ia semakin berkurangan mengikut kemajuan dan permodenan sekarang di mana bahan asas makanan lebih mudah didapati.
Cara orientasi pengeluaran adalah bermatlamat untuk jualan dan kegunaan sendiri. Dari segi tahap pemilikan dan pengurusan tanah pertanian jenis ini lazimnya ia dimiliki secara individu dan diusahakan oleh ahli keluarga.
Pengurusan kebun bergantung kepada jenis kebun, iaitu kebun yang diuruskan secara individu diuruskan secara tradisional manakala kebun jenis berkelompok diuruskan secara estet mini.
Kaedah pengeluaran dan penggunaan teknologi pula merangkumi penggunaan teknologi dalam sistem torehan, penggunaan baja kimia dan racun serangga di kawasan yang diuruskan secara estet mini.
Manakala kawasan kebun kecil individu masih menggunakan kaedah tradisional kerana masih wujud isu kekangan modal.
DEFINISI TANAH
Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan beberapa jenis bahan organik.
Tanah merupakan komponen yang sangat penting bagi menjalankan penanaman pelbagai jenis tanaman khas untuk makanan, industri atau ternakan.
Jenis tanah adalah berbeza-beza di setiap lokasi dengan lokasi yang lain. Jenis tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu. Kini, terdapat banyak jenis tanah yang terbentuk di muka bumi yang mempunyai pelbagai ciri untuk kita kenali.
Bagi tujuan perancangan pertanian, maka terdapat tiga aspek penting berkaitan tanah. Ia adalah klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat ini amat penting bagi mereka yang meminati bidang pertanian dan ingin memajukan tanaman. Mengetahui pelbagai tekstur jenis tanah akan dapat membantu anda meramalkan bagaimana ia memberi kesan dalam keadaan yang berbeza.
Inilah faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam menyubur dan menjadikan tumbuhan anda berkembang.
TANAH SESUAI UNTUK TANAMAN
Secara umumnya, ramai yang mengetahui terdapat pelbagai jenis tanah yang wujud dan tidak kesemuanya pula sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman.
Hal ini kerana, sesetengah tanaman memerlukan jenis tanah yang bersesuaian berdasarkan kriterianya.
Penyediaan kawasan menanam tidak kira di halaman rumah, di kebun atau di dalam pasu memerlukan jenis tanah yang sesuai untuk media benih atau anak pokok.
Syarat paling utama dalam aktiviti pertanian adalah untuk menyediakan tanah yang bersesuaian dengan tanaman pilihan.
Tidak kiralah sama ada bercucuk tanam di rumah, kebun atau tempat lain, perlu tahu dan pilih tanah tanaman yang betul.
Apabila sebut tentang penanaman, ramai orang beranggapan teknik penjagaan, penggunaan baja, dan cara siraman adalah amat penting.
Tapi, tahukah anda jenis tanah untuk tanaman juga memainkan peranan?
Pentingnya anda untuk mengetahui tekstur tanah tanaman adalah supaya boleh membuat persediaan tanaman yang lebih rapi.
Antara tanah tanaman yang ada ialah:
Tanah Liat
Tanah liat mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat antara satu dengan lain. Ia sangat melekit ketika basah dan keras ketika kering.
Tanah liat adalah antara tanah yang mudah untuk melekat apabila dibasahkan kepada air.
Tanah liat juga sangat padat berbanding jenis tanah yang lain. Disebabkan partikelnya sangat kecil dan halus, udara sangat kurang dalam tanah yakni bermaksud pengudaraan kurang baik. Tanah liat juga sangat sukar menerima air.
Disebabkan itu, tanah ini mempunyai saluran pengaliran dan pengudaraan yang kurang baik.
Ini boleh mengakibatkan akar tanaman tidak berkembang dengan baik.
Apabila menanam sayuran pada tanah jenis ini, akar tumbuhan sukar bergerak. Ia juga sukar untuk digemburkan dan walaupun sudah digembur tetapi ia kembali mengeras setelah beberapa kali terkena air hujan atau siraman air.
Apabila ini berlaku, anda perlu menggembur tanah liat ini bagi memastikan tanaman menerima udara dan air yang mencukupi.
Biasanya tanah liat berwarna kuning kemerah-merahan. Untuk menentukan tanah itu jenis tanah liat, kepal tanah tersebut ketika masih basah dan sekiranya ia melekit atau tanah tersebut boleh dibentuk seperti sosej maka tanah anda adalah jenis tanah liat.
Namun, sekiranya ia hanya melekit tanpa boleh dikepal, maka itu ialah tanah liat biasa sahaja.
Antara tumbuhan yang sesuai ditanam di tanah liat ini ialah padi dan jagung.
Tanah Pasir
Tahukah anda, tanah jenis pasir ini mempunyai partikel yang sangat besar dan lentur? Jenis tanah ini bersifat kering dan berderai. Biasanya ia tidak menyerap udara kerana mempunyai ruang kumbahan yang besar.
Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar. Ia kering dan berderai atau peroi.
Jenis tanah ini tidak menyerap air seperti jenis tanah yang lain di mana ia cepat kering dan salah satu lagi sebabnya ialah partikelnya yang sangat besar dan mudah berderai apabila cuba menggenggamnya.
Maka, ini menunjukkan tanah pasir ini mempunyai pengudaraan dan pengairan yang lemah.
Hal ini akan menyebabkan air mengalir dengat cepat dan tidak dapat diserap oleh akar. Nutrien di dalam tanah juga tidak dapat bertahan dengan lama kerana akan hilang bersama air yang mengalir. Tanah pasir sesuai untuk tanaman sebenarnya tetapi tidak kepada tumbuhan hijau.
Jika anda perhatikan tanah bersifat seperti pasir, pasti boleh menggambarkannya ia akan berderai.
Apabila tanah pasir disinari sinaran matahari, ia cepat panas. Jika kepalkan tanah ini atau buat seperti bentuk sosej tetapi ia tidak membentuk maka ia adalah tanah jenis pasir.
Jadi, anda harus menyiram tumbuhan ini secukupnya, lebih-lebih lagi pada musim panas yang berpanjangan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan organik seperti raji ayam yang berfungsi sebagai pengikat.
Pengikat ini bertujuan untuk memastikan tanah pasir boleh digumpalkan sekali gus meningkatkan penyerapan air.
Antara contoh tanaman yang sesuai ditanam menggunakan tanah pasir ialah pokok kelapa atau tembikai.
Tanah Gambut
Tanah gambut boleh didapati di kawasan yang berpaya dan belukar.
Tanah gambut ini mudah dikenali kerana warnanya perang atau kehitaman.
Ia mengandungi bahan organik yang tinggi akibat daripada pereputan mineral atau tumbuhan yang sudah ditimbus di dalamnya.
Jenis tanah ini dikategorikan dalam kumpulan tanah yang berorganik. Ia dikatakan telah terbentuk kira-kira 9,000 tahun dahulu dengan pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya yang telah ditimbus di dalamnya.
Ketika hujan, udara sangat banyak di dalamnya dan ia pula akan kering ketika musim kemarau. Jenis tanah ini mempunyai bahan organik dan air yang sangat tinggi.
Selain daripada faktor di atas, pembentukan tanah gambut ini juga adalah disebabkan daripada faktor iklim, paras air pasang dan surut, hujan, dan mikroorganisme yang sudah reput.
Ketika hujan, air sangat banyak di dalamnya dan kering ketika musim kemarau.
Jenis tanah gambut di Malaysia adalah jenis tanah gambut yang dikategorikan sebagai tanah bermasalah sama seperti tanah bris dan tanah berasid sulfat.
Jika anda kepal tanah ini, ia seolah-olah seperti span dan boleh dibentuk.
Disebabkan itu, ia tidak mempunyai saliran yang baik. Ia juga dikenali sebagai tanah yang bermasalah atas beberapa sebab seperti:
Saliran yang buruk dan mudah tenggelam di kawasan yang berpaya.
Kandungan pH yang rendah dan masam. Ini menyebabkan tanah ini tidak mengandungi banyak nutrien atau zat untuk tanaman.
Mudah kering apabila musim kemarau.
Untuk itu, anda boleh atasi masalah di atas dengan melakukan sistem perparitan yang tidak terlalu dalam.
Selain itu, kaedah pengapuran pada tanah gambut juga penting untuk mengurangkan kandungan pH yang masam.
Selain daripada tanaman pokok kelapa sawit, anda juga boleh memanfaatkan tanah gambut ini dengan menanam sayur-sayuran seperti nanas, jagung, ubi kayu, kacang tanah, dan sebagainya.
Tanah Endapan
Tanah endapan mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding dengan tanah pasir dan ia sangat lembut dan ringan.
Tanah endapan boleh menyerap air namun nutrien di dalam tanah ini cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering.
Ia jenis tanah yang mampat dan padat. Pengudaraan di dalam tanahnya pula boleh membawa masalah kepada tanah. Hanya tumbuhan tertentu sahaja boleh hidup di sini.
Ciri-ciri tanah ini ialah ia lembut, ringan, dan mampat. Mampat di sini bermaksud tanah ini mempunyai masalah daya pengudaraan.
Tanah endapan atau silty mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan tidak hairan ia sangat lembut dan halus apabila disentuh.
Ketika lembab, ia seakanakan licin berbusa dan ketika gulungkan di antara dua tangan, ia cepat jatuh dari tangan.
Tanah endapan atau juga dikenali sebagai aluvial, mempunyai partikel yang lebih kecil berbanding tanah pasir.
Anda boleh dapati tanah ini di kawasan berair seperti sungai.
Antara tumbuhan yang sesuai ditanam dalam tanah endapan ini ialah jagung dan padi.
Tanah Keranji
Tanah keranji atau tanah seline ini adalah jenis tanah yang kering dan bergaram.
Tumbuhan atau tanaman akan menghadapi masalah jika ditanam pada tanah jenis ini. Ia tidak sesuai digunakan untuk penanaman sama sekali.
Tanah Loam
Jenis tanah yang sesuai untuk pertanian adalah jenis tanah loam.
Tanah loam mempunyai nilai pH yang tinggi dan kandungan kalsium.
Tanah loam berwarna hitam dan sangat gembur, lembut dan rapuh di tangan apabila dipegang. Ia menyerap air dengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering.
Tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik yakni bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke akar tanaman.
Tanah ini sangat disukai oleh para pekebun. Ia mempunyai kandungan yang hampir sama antara tanah lampung, tanah endapan dan pasir berserta humus.
Tanah ini juga mengandungi humus iaitu kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat.
Nilai pH dalam tanah loam adalah tinggi dan kandungan kalsiumnya juga amat tinggi dan bagus untuk tanaman. Jenis tanah loam ini berwarna hitam dan sangat lembut, gembur dan rapuh di tangan apabila dipegang.
Walaupun tanah loam sangat sesuai untuk tanaman tetapi jangan kecewa sekiranya tanah ini tidak terdapat di kebun kerana tanah-tanah jenis lain masih boleh dibaik pulih dengan baik untuk dijadikan media tanaman.
Tanah loam merupakan antara tanah yang paling bagus kerana ia mempunyai saluran pengairan dan udara yang amat baik.
Ini bermakna, tanah ini tanaman dapat menyerap secukupnya dan tidak mudah kering.
Selain itu, dengan adanya daya pengudaraan yang baik, akar tumbuhan dapat “bergerak” bebas di dalam tanah untuk mencari nutrien.
Tanaman yang sesuai untuk tanah loam ialah sawi dan terung.
Tanah Laterit
Jenis tanah ini terjadi berpunca daripada suhu udara yang tinggi dan kesan hujan turun. Akibatnya, pelbagai mineral yang diperlukan oleh tumbuhan menjadi larut dan meninggalkan sisa-sisa oksida besi dan alumunium.
Ia boleh digunakan untuk bercucuk tanam tetapi tidaklah disarankan.
Tanah Gunung Berapi atau Volkano
Jenis tanah ini terhasil akibat letusan gunung berapi.
Lava gunung berapi telah bercampur dengan tanah, bahan mineral dan menghasilkan tanah jenis volkano.
Tanah ini amat subur kerana nutrientnya pelbagai. Nilai tanah ini juga amat mahal harganya.
Rencana
ms-my
2023-10-07T07:00:00.0000000Z
2023-10-07T07:00:00.0000000Z
https://epaper.utusanborneo.com.my/article/281809993541910
Borneo Post
